Annyeong gais. Nampaknya musim PKP ditambah lagi sehingga 28 April. Jadi, pasti sesetengah korang tak tahu nak buat apa dah kan. Why not tonton drama nk lagi. Dengan lambakan drama Korea yang telah dan sedang ditayangkan sehingga April 2020 ni, penulis nak bawakan korang kepada beberapa drama yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2019. Apa yang menariknya mengenai drama ini, ia disenaraikan berdasarkan kepada jumlah rating tontonan keseluruhan drama tersebut. Maknanya, drama-drama ini pernah menjadi pilihan penonton pada tahun 2019 dan mendapat rating tontonan yang baik.
Penulis akan senaraikan berdasarkan tayangan untuk TV Awam (SBS, KBS dan MBC) dan juga tayangan menerusi stesyen TV kabel. Data ini berdasarkan purata tontonan diseluruh Korea yang diperolehi daripada Nielsen Korea. Jadi, korang boleh pilih atau menilai sendiri drama-drama ni ok. Ini tak termasuk drama harian yang panjang tu ye. Ok, jom check it out!
10 Drama Korea Dengan Tontonan Tertinggi Sepanjang 2019 (Tayangan Televisyen Awam)
10. Angel’s Last Mission: Love — 7.3%
KBS ‘Love of My Life’ / ‘Dan, Only Love’ / ‘Angle’s Last Mission : Love’ bertemakan fantasi romantik di mana ia menceritakan kisah tentang seseorang bidadara syurga yang ditugaskan sebagai dewa asmara (‘cupid’) buat segelintir manusia yang terpilih untuk mencari kebahagian hakiki menerusi cinta. Tugas ini diabadikan sebagai jaminan untuk kembali semula ke syurga idaman. Namun lain pula yang terjadi apabila dia sendiri jatuh cinta terhadap seorang manusia, sekaligus melanggar larangan yang diperintahkan sebagai bidadara syurga.
Myung Soo (L) akan memegang watak sebagai Kim Dan, seorang bidadara syurga, bakal bercinta dengan seorang gadis penari balet, Lee Yun Seo yang akan dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Bagaimanapun, Lee Yeon Seo punya hati yang dingin dan tidak tertarik dengan perasaan cinta. Adakah cinta antara bidadara dan manusia dapat disatukan? Mungkinkah dia terpaksa melepaskan misinya ke syurga semata-sama untuk bersama-sama dengan gadis yang dicintainya di dunia?
Lee Dong Gun pula akan membawakan watak Ji Kang Woo, seorang pengarah seni yang menguruskan sebuah syarikat tarian balet di mana dengan keupayaan beliau yang istimewa, beliau dapat melihat potensi sebenar seseorang penari balet.
9. Doctor John — 8.3%
“Doctor John” atau ‘Doctor Room’ adalah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan norma kehidupan serta kesakitan yang dialami pesakit dan doktor. Ia juga akan mengupas kisah tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda.
Jisung bakal memegang watak sebagai pakar bius Cha Yo Han, professor termuda yang berlagak tapi seorang yang genius. Lee Se Young pula akan membawa watak doktor bius Kang Si Young di bawah jagaan Cha Yo Han. Beliau akan membantu Cha Yo Han mengenalpasti masalah yang dihadapi pengunjung hospital termasuklah yang menghidapi penyakit kronik yang misteri. Lee Kyu Yung akan melakonkan watak pendakwaraya Son Seok Ki yang menjadikan keadilan sebagai teras impiannya, maka apa-apa saja yang melanggar undang-undang, beliau akan ke hadapan untuk menangkisnya.
8. Woman of 9.9 Billion — 8.9%
“9.9 Billion Woman” adalah sebuah drama mengenai seorang wanita bernama Jung Seo Yeon yang secara kebetulan mendapat wang berjumlah 9.9 bilion won (kira-kira $ 8.3 juta) secara tunai dan seorang lelaki bernama Kang Tae Woo yang bertemu Jung Seo Yeon sambil merungkai kebenaran tentang kematian adiknya.
Jung Seo-yeon lakonan Jo Yeo Jeong, digambarkan seringkali terperangkap dalam kehidupan yang tiada harapan. Setelah bertahun menderita akibat keganasan ayahnya, dia akhirnya menemui tempat berlindung. Setelah itu Jung Seo Yeon berkahwin dan meninggalkan rumah untuk memulakan kehidupan baru bersama suamu. Namun kebahagian itu tidak bertahan lama dan kehidupannya bersama suami menjadi tegang. Ketika Seo Yeon merasakan tiada lagi harapannya, entah bagaimana menerima wang tunai sejumah 9.9 billion secara kebetulan dan mula melawan dunia untuk menjalani kehidupan yang dia mahu.
Kim Kang Woo pula memegang watak Kang Tae Woo atau digelar ‘lembu gila’ kerana sering bertindak melulu tanpa mengambilkira pandangan orang lain. Kang Tae Woo merupakan bekas detektif yang meninggalkan pekerjaan impiannya itu setelah dituduh menerima rasuah. Dia kemudian mengembara tanpa hala tuju selepas kematian adiknya. Pada saat Kang Tae Woo ingin merungkai punca kematian sebenar adiknya, dia bertemu dengan Jung Seo Yeon.
7. VIP — 9.2%
“VIP” adalah sebuah drama bertemakan misteri dan berlatar-belakangkan urusan pejabat. Ia mengisahkan sekumpulan pasukan yang menguruskan pelanggan VIP dan menyimpan segala rahsia berkaitan mereka yang berurusan disebuah department store. Selain itu, drama ini turut menceritakan tentang bangkitnya seorang pekerja wanita yang berdepan dengan kesulitan hidup ditempat kerja dan kehidupan peribadinya.
Jang Nara membawakan watak Na Jung Sun, yang telah mengahwini ketua pasukan ditempat kerjanya Park Sung Joon (lakonan Lee Sang Yoon). Apabila berdepan dengan insiden yang tidak diduga, Na Jung Sun mendapati hidupnya jadi kacau bilau.
Lee Sang Yoon pula memegang watak Park Sung Joon, seorang yang digambarkan berbakat, berhemah dan bercita-cita tinggi. Pastinya penonton ingin melihat keserasian gandingan kedua pelakon ini.
Selain Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon, drama ini juga akan dibintangi oleh Lee Chung Ah, Kwak Sun Young, Pyo Ye Jin, Jung Joon Won, Shin Jae Ha, dan Lee Jae Won.
6. Vagabond 9.3%
“Vagabond” adalah sebuah drama yang bertemakan perisikan, mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Drama ini dilakonkan oleh Lee Seung Gi, Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jeong Hee, Jeong Man Sik dan ramai lagi.
Lee Seung Gi akan memegang watak sebagai Cha Gun seorang stuntman. Cha Gun seorang yang sangat yakin diri, bermuka tembok dan mempunyai 18 tali pinggang hitam dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Selepas tertangkap dalam insiden kemalangan pesawat yang tidak terjangka itu, dia nekad mengharunginya untuk mencari kebenaran disebalik konspirasi mengenai kemalangan itu.
Suzy pula akan memegang peranan sebagai ejen Perisikan Kebangsaan, Go Hae Ri. Beliau memutuskan untuk menjadi pegawai awam tahap 7 selepas kematian bapanya untuk menyara ibu dan adik lelaki yang tidak mengetahui betapa kejamnya dunia ini. Walaupun Go Hae Ri ingin bekerja sebagai white agent (seseorang yang bekerja secara terbuka sebagai ejen NIS), akhirnya beliau menjadi salah seorang black agent (di mana dalam NIS mereka akan berada dalam bahagian pengintipan dan identiti mereka perlu dirahsiakan) melalui satu siri konspirasi.
Shin Sung Rok akan menjadi pengarah NIS (agen perisikan negara) bernama Kim Tae Woong yang akan menampilkanCha Gun sebagai salah seorang agen tersebut. Ditulis oleh Jang Young Cheol (“MBC Empress Ki”, “SBS History of Salaryman”) iaitu penulis skrip yang pernah berkolaborasi dengan pengarah Yu In Sik sebelum ini.
“Vagabond” menelan belanja sebanyak 20 billion won (lebih kurang RM 72 juta) yang diarahkan oleh pemenang Best Director Paeksang Art Awards 2017, Yu In Sik dan ditulis oleh Jang Young Cheol (“MBC Empress Ki”, “SBS History of Salaryman”). Yu In Sik telah diakui sebagai pengarah yang mahir dalam aksi ‘suspens’ dan mendebarkan seperti beliau lakukan di dalam drama perubatan, SBS Romantic Doctors Teacher Kim dan drama aksi kepolisan, SBS Mrs. Cop.
5. Liver or Die 12.19%
“What’s The Problem, Poong Sang?” ini bertemakan drama kekeluargaan yang penuh cabaran dalam mengharungi kehidupan.
Poong Sang ( Yu jun Sang) menjaga empat orang adiknya Jin Sang (Oh Ji Ho), Jun Sang (Jeon Hye Bin), Hwa Sang (Lee Si Young) dan We Sang (Lee Chang Yeop) disamping membantu mereka dari segi kewangan sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.
Biarpun dipertengahan usia, Poong Sang tidak pernah menjalani kehidupan demi kepentingan sendiri dan mengikut kemahuannya selain fokus menguruskan adik-adiknya. Bagaimanakah Poong Sang berhadapan dengan pelbagai karenah adik-adiknya? Mampukah Poong Sang meneruskan kehidupan dengan tidak mengendahkan apa yang sepatutnya beliau mahukan?
4. The Last Empress 12.21%
SBS Empress’s Dignity bermula denan pemerintahan beraja yang secara teorinya masih wujud pada tahun 2018. Ia berkisarkan tentang Min Hyo Ra, yakni seorang pelakon muzikal yang dipaksa berkahwin dengan raja. Sebagai salah seorang ahli kerabat diraja, Min Hyo Ra berazam untuk mencari kebahagian di samping cuba menyesuaikan dirinya dengan protokol istana. Namun keinginannya tak tercapai apabila dituduh terlibat dalam konspirasi pembunuhan nenda kepada suaminya.
Choi Jin Hyuk memegang watak sebagai Na Wang Sik. Na Wang Sik ialah seorang yang sangat misteri dan sentiasa menjadi perhatian konflik. Shin Sung Rok pula akan menjadi raja tersebut yang bernama Lee Hyuk manakala Jang Nara pula membawakan watak Min Hyo Ra.
Drama siri dengan 52 episod ini menjadi drama Korea untuk tayangan perdana pertama terpanjang pada tahun 2019. Biarpun bersiaran selama 3 bulan, drama ini sentiasa menikmati penilaian tontonan dengan dua digit bermula dari minggu keempat. Asalnya “The Last Empress” hanya mempunyai 48 episod tetapi setelah pihak SBS memberi lampu hijau dek kerana mendapat sambutan yang memberangsangkan, ianya ditambah sebanyak 4 episode lagi. Penambahan episode tetap dijalankan biarpun Choi Jin Hyuk tidak dapat memberikan komitmen disebabkan terikat dengan jadual lain.
3. Doctor Prisoner 13.2%
KBS Dr. Prisoner berkisarkan tentang seorang doktor bedah yang terpaksa meninggalkan hospital tempat kerjanya kerana tragedi yang tidak dapat dielakkan dan memohon untuk menjadi doktor di jabatan penjara. Pada masa yang sama, Nam Goong Min sebagai Na Yi Je, bekas doktor bedah unit Taekgang University Hospital Emergency Medical Center, merancang untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku padanya sepanjang berkhidmat di hospital sebelum ini.
Kim Byung Chul pula akan melakonkan watak sebagai pengarah klinik di Jabatan Penjara Sunmyun, seorang yang mahir dalam perubatan dalaman (“Internal Medicine”) dan datangnya daripada keluarga yang berprestij tinggi manakala Nara pula akan menjadi pakar sakit jiwa (“Psychiatrist”) yang akan menghubungkan para doktor dengan pesakit yang terdiri daripada banduan-banduan penjara.
KBS Dr. Prisoner yang mendapat cetusan sutaradara Hwang In Hyuk (“KBS Laurel Tree Tailors”, “KBS Assembly”) dan penulis skrip Park Kye Ok (“SBS Biscuit Teacher and Star Candy”,”SBS Cain and Abel”)
2. When The Camellia Blooms 13.9%
KBS “When Camellia Flower Blooms”/”When The Camellia Blooms” yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.
Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki. Manakala, Kang Ha Neul pula akan memangku jawatan polis yang ditempatkan di kawasan kejiranan kecil di dalam drama ini, seorang yang agak jujur, setia, bertimbang rasa tapi tak begitu sesuai untuk dijadikan teman lelaki. Berdasarkan penampilan ini, Kang Ha Neul mungkin memenuhi kriteria lelaki nombor satu (1).
Kim Ji Suk pula akan memegang watak pemain bola besbol yang terkenal bernama Kang Jong Ryeol dan terpalit dengan skandal bersama selebriti media sosial, Jessica (lakonan Ji E Suu). Perwatakan Kang Jong Ryeol di luar lensa kamera adalah lain daripada apa yang digambarkan di dalam kaca tv. Beliau mungkin memenuhi kriteria lelaki no.2. Dan terakhir sekali, lelaki nombor tiga mungkin bakal dilakonkan oleh Lee Sang Yi sebagai bekas pemain besbol, Yang Seung Yeop. Sejak berhenti bermain besbol sepenuh masa, Yang Seung Yeop berkhidmat sebagai jurulatih sukan besbol di sekolah rendah.
Selain keempat-empat mereka, turut menyertai drama ini termasuklah Go Du Shim manakala Oh Jung Se dan Yum Hye Ran pula berlakon sebagai pasangan suami isteri yang mempunyai kerenah mereka tersendiri di kejiranan tersebut.
PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too? akan mengarahkan drama ini dan bekerjasama dengan penulis skrip Im Sang Choon (“KBS Fight My Way”).
1. The Fiery Priests 16.1%
“Hot Blooded Priest” atau “The Fiery Priest ” berkisarkan tentang seorang paderi muda bernama Kim Hae Il yang mengalami masalah mental berkait dengan obsesif-kompulsif , asyik panas baran dan seringkali dicop ‘gila’ oleh rakan-rakan sepaderinya. Malah beliau terpaksa dipergunakan dirinya oleh detektif polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua di sebuah gereja ternama. Pembunuhan paderi tua tersebut berkait dengan senario politik negara sehingga memungkinkan pembukaan unit polis tertentu demi siasatan kes berkenaan.
Kim Nam Gil akan memegang watak sebagai Kim Hae Il, seorang yang pada asalnya bekas agen risikan NIS pada sepuluh tahun lalu ditugaskan oleh pihak risikan untuk memerhatikan perhimpunan jemaah gereja yang diselaputi dengan gerakan ekstremis, salah guna kuasa dan salah laku seks. Kim Hae Il terpaksa menyamarkan dirinya sebagai paderi junior yang bermasalah dan secara kebetulannya, terpaksa merelakan dirinya dipergunakan oleh detektif polis untuk tujuan yang sama.
Manakala, Kim Sung Kyun pula merupakan detektif polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes pembunuhan paderi berkenaan. Dia telah kehilangan rakan sepasukan tiga tahun lalu dan akhirnya menjadikan Kim Hae Il sebagai teman strategiknya sepanjang siasatan tersebut. Honey Lee, memegang watak sebagai pengarah unit siasatan khas polis bernama Park Kyung Sun. Mempunyai kehandalan menguruskan kes berprofil tinggi, Pak Kyung Sun akan memacu unitnya ke tahap tertinggi selaras dengan sijil Seoul National Universiti dimilikinya, sehingga menimbulkan kemarahan daripada pihak pendakwaan.
10 Drama Korea Dengan Tontonan Tertinggi Sepanjang 2019 (Tayangan Televisyen Kabel)
10. Chief Of Staff — 4.456%
‘The President’s Aide’ atau ‘Aide’ atau ‘Chief Staffs’ menceritakan kisah para penyokong dan penasihat politik yang merupakan kuasa besar disebalik perjalanan sesebuah parti politik, Ia juga akan menceritakan kisah ahli politik yang memerintah serta mengawal dunia sedangkan disebaliknya mereka terlibat dengan perjudian berbahaya dalam dunia politik bagi mereka yang menceburi bidang tersebut.
Drama ini merupakan kisah hidup penasihat politik yang paling teratas, Jung Tae Joon, lakonan Lee Jung Jae, yang sentiasa memburu untuk mendapatkan kuasa yang lebih besar dan berpengaruh. Shin Min Ah akan memegang watak sebagai Kang Sun Young, seorang ahli parlimen yang cuba untuk memcahkan tradisi sedia ada. Beliau merupakan seorang peguan yang berbakat dan pernah mengelolakan program TV berkaitan isu semasa dan kini beliau dipilih sebagai sebagai ‘YB’ baru oleh parti politik yang disertainya. Ini merupakan kemunculan semula Shin Min Ah selepas drama ‘Tomorrow With You’ untuk siaran tvN pada 2017.
Lee Elijah pula akan membawakan watak Yoon Hye Won, seorang setiausaha tahap 6 hasil usaha yang tiada henti, rajin, bersemangat sehingga berjaya mengecapi kedudukannya biarpun di usia muda. Hye Won memiliki instinct yang kuat dalam melakukan tugasannya samada ianya betul atau sebaliknya dan beliau menolak untuk mengambil jalan pintas. Hye Won bekerja dipejabat Parlimen bersama Jung Tae Joon penasihat tahap 4. Kim Dong Joon pula akan memegang watak Han Sung Kyung , seorang intern yang penuh semangat.
‘Chief of Staffs’ ditulis oleh Lee Dae Il (OCN-Life on Mars) dan diarahkan oleh PD Kwang Jung Hwan (Miss Hammburabi) turut dibintangi oleh Jung Jin Young, Kim Kap Soo, Jung Woong In dan ramai lagi.
9. Designated Survivor: 60 Days — 4.464%
tvN “Designated Survivor” adalah sebuah karya adaptasi daripada drama popular terbitan ABC dengan judul yang sama sebagai bekas setiausaha yang mempunyai personaliti yang jujur.
Ji Jin Hee dan Kang Hanna masing-masing memegang watak utama sebagai ‘Tom Kirkman’ dan ‘Alex Kirman’ versi Korea atau setiausaha politik beliau. Park Moo Jin, yang diolahkan daripada watak siri asal ‘Tom Kirkman’ ialah seorang bekas professor Kimia yang dilantik memegang tampuk Kementerian Alam Sekitar. Beliau tak mempunyai sebarang angan-angan untuk menjadi ahli politik, malah untuk menjadi pemimpin sebuah parti politik sekalipun. Namun, kejadian tak terduga berlaku apabila suatu letupan telah mengakibatkan ramai mati termasuklah presiden yang sedang menyampaikan ucapannya pada masa itu. Hanya Park Woo Jin yang terselamat dan beliau didesak untuk memangku jawatan presiden buat sementara selama 60 hari mengikut perlembagaan negara. Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menyiasat punca dan mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing.
8. Watcher — 4.548%
OCN ‘Watcher’ memaparkan kisah tentang tiga orang lelaki dan seseorang perempuan yang berhubungan baik telah berpatah arang disebabkan sesuatu tragedi mengayat hati berlaku pada masa lalu. Tragedi itu melibatkan seorang anak muda yang menyaksikan lelaki berpangkat tinggi samada peguam atau polis yang membunuh ibunya pada tahun lima belas tahun lalu dan seorang bekas pendakwaraya yang menjadi pelatih polis. Namun, takdir menemukan mereka semula sebagai pasukan penyiasat polis tentang korupsi. Han Suk Kyu akan memegang watak utama yang menjadi ketua kumpulan penyiasat tersebut.
Manakala Seo Kang Joon akan pula sebagai Kim Young Gun, seorang pegawai polis trafik. Disebabkan trauma dialaminya sejak kecil, Kim Young Gun akan cuba menangkap penjenayah tanpa ragu-ragu.
Drama ini bakal mendapat Ahn Gil Ho sebagai sutradaranya dengan berbekalkan penulis skrip tvN Good Wife, Han Sang Woon. Ahn Gil Ho merupakan pengarah drama yang penuh profilik dengan adegan suspens seperti ditonjolkannya di dalam tvN Stranger dan tvN Memories of Alhambra.
7. Confession — 4.8%
‘Confession’ akan mengekplorasikan tema unilateralisme di mana seseorang tidak boleh dituduh berdasarkan pengakuan atau testimoninya saja, tetapi berdasarkan kesemua bukti-bukti yang sedia ada. Ia memfokuskan pada kejadian pembunuhan berlaku pada lima tahun lalu yang belum ada lagi titik noktah penyelesaiannya. tvN ‘Confession’ akan menggunakan khidmat sutradara Kim Chul Kyu (“tvN Mother”, “tvN Chicago Typewriter”).
Lee Jung Ho akan membawa watak ‘Choi Do Hyun’ seorang peguam mahu mencari kebenaran. Choi Do Hyun mengalami penyakit jantung yang tak boleh diubati melainkan dengan pembedahan transplan jantung dan selalunya berada di dalam hospital. Sebaik saja memulakan hidup dengan jantung baru, Choi Do Hyun terkejut apabila mendapati ayahnya dituduh sebagai pembunuh untuk kes dinamakan sebagai ‘Eumpyeong Construction Site’.
Choi Do Hyun terpaksa bekerjasama dengan Kwon Chun Ho (lakonan Yoo Jae Myung) untuk menjejaki dalang sebenar di sebalik kesalahan ditujukan pada ayahnya itu. Kwon Chun Ho ialah bekas ketua balai polis Eumpyeong yang terpaksa meletakkan jawatan dek kemarahan rakyat terhadap kelembapan pihak berkuasa menyelesaikan kes berkenaan secepat mungkin. Akibatnya, ayah Choi Do Hyun dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup kes itu.
6. Graceful Family — 4.9%
Siri drama MBN-Dramax “Graceful Family” akan berkisarkan tentang pembongkaran misteri di sebalik pembunuhan, kemarahan terpendam selama 15 tahun, dan perjuangan untuk menuntut kebenaran. Drama bertemakan misteri dan penyiasatan ini dibintangi oleh Im Soo-hyang, Lee Jang Woo, Bae Jong Ok, Lee Gyu Han, Kim Jin Woo dan ramai lagi.
Im Soo Hyang akan membawakan watak Mo Seok Hee, anak tunggal kepada peneraju MC Group. Mo Seok Hee ditampilkan sebagai seorang sombong dan angkuh kerana berasal dari keluarga yang terkenal dan kaya. Namun, disebaliknya, dia mempunyai misi rahsia dalam mencari si pelaku yang telah membunuh ibunya 15 tahun dahulu sehingga menjadikan hidupnya merana.
Lee Jang Woo pula diberikan peranan sebagai Heo Yoon, seorang peguam. Dek kerana kekurangan ‘kabel’ orang dalam, ia menyukarkannya untuk terus meningkatkan kerjayanya sebagai peguam bahkan tidak mempunyai ruangan pejabat sendiri. Biarpun hanya menguruskan kes-kes yang ringan, Heo Yeon menerima tawaran untuk menyertai pasukan TOP di MC Group dan akhirnya menemukannya dengan Mo Seok Hee.
Watak Han Je Kook, ketua pasukan TOP MC Group dibawakan oleh Bae Jong Ok. Han Je Kook ditampilkan seorang wanita yang sangat berdedikasi kepada tugas dan majikannya, namun dilihat seorang yang berbahaya serta ancaman kepada yang berkaitan kerana mengetahui semua rahsia keluarga pemilik MC Group.
Pasukan TOP MC Group berurusan dengan risiko pemilik, yang merujuk kepada kerugian yang ditanggung oleh syarikat disebabkan oleh tindakan kasar yang dilakukan oleh ahli keluarga yang memiliki perniagaan tersebut. Mereka juga berperanan mengelolakan urusan keluarga serta untuk menutup segala perilaku yang tidak bermoral yang dilakukan oleh keluarga yang menjalankan perniagaan tersebut.
Bagaimana Mo Seok Hee akan mendedahkan tentang misteri kematian ibunya? Mampukan peguam Heo Yoon mendapatkan bukti-bukti kebenaran dan adakah Bae Jong Ok akan turut membantu atau sebaliknya?
5. Romance Is A Bonus Book 5.2%
“Romance Supplement” atau “Romance Is A Bonus Book” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantis. Ia mengisahkan tentang kehidupan mereka diusia 30-an yang bertungkus-lumus menghasilkan novel, buku dan majalah serta menyorot kehidupan sebenar mereka di syarikat penerbitan. “Romance Is A Bonus Book” juga turut menampilkan cabaran yang dialami oleh syarikat penerbitan untuk memastikan mereka menghasilkan sesuatu yang dapat diterima pembaca dengan baik, ditambah dengan isu ‘go green’ serta bagaimana untuk pastikan mereka terus beroperasi.
Drama ini ditulis oleh Jung Hyun Jung yang pernah menghasilkan “I Need Romance” untuk tiga musim, “Discovery of Love,” dan banyak lagi. Manakala sutradara drama jtbc “Life on Mars” & tvN Good Wife – Lee Jung Hyo pula akan mengarahkannya. Drama ini juga turut menyorot kisah cinta perbezaan usia atau noona-dongsaeng dengan pelbagai cabaran yang melanda.
Lee Jong Suk akan melakonkan watak sebagai Cha Eun Ho, seorang penulis hebat yang juga merupakan editor paling muda di syarikat itu. Cha Eun Ho berperwatakan menarik, genius, dan handsome. Beliau sering naik angin ketika bekerja, namun marahnya tidak berpanjangan.
Lee Na Young pula akan memegang watak sebagai seorang begitu bersemangat tinggi yang dahulunya dicop sebagai penulis iklan. Apabila gagal dalam temuduga, dia akan menipu ‘resume’ dan akhirnya mendapat kerja di syarikat penerbitan buku di mana dia jadi editor.
Baca juga : 4 sebab ini kenapa perlu tonton drama tvN “Romance is a Bonus Book”
4. The Light In Your Eyes 6.3%
Drama ini yang digarap oleh penulis skripnya dengan ingatan pelakon Kim Hye Ja sebagai pelantun utamanya, akan dibawa wataknya secara bergilir-gilir oleh Han Ji Min dan pelakon veteran, Kim Hye Ja itu juga. Kim Hye Ja yang berusia 26 tahun, berazam untuk menjadi juruhebah tv yang berjaya. Pada suatu hari, dirinya bertukar kepada seorang wanita tua yang mampu memindahkan masanya kepada orang lain dengan harapan dapat menjadi muda semula. Kim Hye Ja dikatakan meminjamkan masa itu kepada Lee Joon Ha, yang dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk, berdikit-dikit untuk memulihkan dirinya kepada yang asal.
Lee Joon Ha yang berusia 25 tahun, mahu menjadi wartawan tetapi tak kesampaian kerana dia tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Pertemuannya dengan Kim Hye Ja mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik akibat masa dipinjamkan padanya. Manakala, Son Jo Hoon pula memegang watak mungkin sebagai abang kepada Kim Hye Ja, seorang yang tak kisah dengan perubahan berlaku pada Kim Hye Ja dan juga tak dapat dijangka pemikirannya.
4. Arthadal Chronicles 6.6%
“Asadal Chronicles” ini ditulis bersama oleh Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah “The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”. Drama ini diarahkan oleh pengarah (PD) Kim Won Suk, yang pernah mengarahkan “Incomplete Life (Misaeng),” “Signal,” dan “My Ahjussi.” Drama ini dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion).
“Asadal Chronicles” adalah sebuah drama fantasi peredaran masa yang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon. Ia menceritakan, bagaimana pejuang di tanah Arth berjuang untuk melindungi suku kaum masing-masing. “Asadal Chronicles” akan disiarkan dalam tiga siri yang setiapnya mengandungi enam episode. Bahagian pertama dan kedua dinamakan “The Children of Prophecy” dan “The Sky Turning Inside Out, Rising Land,” yang mana akan bersiaran secara menerus sepanjang bulan Jun sehingga Julai. Bahagian ketiga “Arth: The Prelude to All Legends” akan disiarkan di sebelum berakhirnya tahun 2019. Dua bahagian pertama bertujuan untuk membina minat penonton dalam siri ini dengan memperkenalkan watak-watak. Manakala bahagian ketiga dan terakhir akan memberi tumpuan kepada titik perubahan kepada watak-watak utama.
Song Joong-ki sebagai Eunseom, satu watak yang gigih berlawan untuk melindungi puaknya sendiri. Dia mungkin kelihatan baik, tetapi tidak teragak-agak bertukar menjadi agresif ketika beliau cuba untuk melindungi sukunya dari musuh asing. Sementara itu, Jang Dong-gun pula memainkan watak Tagon, anak pemimpin dari Suku Saenyeok. Walaupun sangat berkarisma dan berbakat, Tagon sangat berbahaya kerana dia sebenarnya ingin menjadi raja pertama di Asadal dengan apa cara sekalipun.
Kim Ji-won dan Kim Ok-bin masing-masing membawakan watak sebagai Tanya dan Taealha. Tanya adalah tunjang utama puak Wahan yang menyedari takdirnya untuk menjadi seorang pemimpin dan melindungi dirinya sendiri. Manakala Taealha digambarkan sebagai wanita paling cantik di Arthdal dan seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk berkuasa.
2. The Crowned Clown 8.4%
Drama ‘The Crowned Clown’ atau ‘The Man Who Became King’ adalah adaptasi dari filem box office Masquerade, yakni merupakan antara filem terbaik lakonan Lee Byung Hyun sehingga meraih kemenangan bersejarah apabila hampir menyapu bersih hampir kesemua anugerah ditawarkan di Grandbell Film Awards pada tahun 2012 selain mengutip jualan tiket sebanyak 12 juta. Versi drama ini di bawah arahan Kim Hee Won, pengarah MBC yang popular dengan sutradara seperti MBC Money Flower, MBC Golden Pouch dan MBC Warm and Cozy.
Yeo Jin Goo memegang dua watak utama sebagai “King Gwanghee” tiruan bernama Hae Sun dan juga Lee Sun, pemegang takhta sebenar. Lee Sun yang kehilangan ibubapa sejak kecil telah dikasihi oleh seorang gadis bernama Se Bin, orang mengubati ketakutannya sewaktu baginda cuba diusir keluar oleh musuh politiknya dengan berbagai cara. Di luar pemerhatian rakyat marahen, Lee Sun dikenali atas kekejamannya dan tak menghiraukan masalah rakyat. Atas sebab ini, baginda seringkali menjadi sasaran pembunuhan hendap dan terancang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya, akhirnya membuatkannya serik dan bertindak mencari seseorang yang boleh menggantikan dirinya sementara memegang takhta tersebut. Orang yang dipilih untuk menyamar dirinya, Hae Sun adalah seorang gelandangan yang kebuluran dan terpisah dengan adiknya sendiri. sejak Hae Sun menyamar sebagai raja, Hae Sun menjadi seorang yang sangat berani dan tegas. Hal ini menyebabkan Hae Sun berjaya memerintah lebih baik daripada Lee Sun sehingga membawa keraguan pada tampuk konflik politik istana dan hubungannya dengan pemaisuri istana. Lee Se Young dikatakan akan melakonkan watak pemaisuri istana bernama Se Bin, yang meragui identiti sebenar raja Gwanghee.
Versi drama dijangka akan memfokuskan kepada ketegasan penyamar “King Gwanghee” melakukan perubahan ke atas tampuk pemerintahan istana dengan menghapuskan hierarki yang memisahkan pemerintah dengan rakyat kelas bawahan di bawah kod dinamakan sebagai “Perlembagaan Kangsang”. Mampukah Yeo Jin Goo menampilkan lakonan bersahaja tapi berkarisma yang ditonjolkan oleh Lee Byung Hyun sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor Grandbell Film Awards?
1. Hotel Del Luna 8.9%
tvN ‘Hotel del Luna’ berkisarkan drama fantasi yang bertumpukan pada sebuah hotel yang didiami pelbagai makhlus halus. Hotel ini tampak usang kerana ia menjadi tempat persinggahan roh-roh yang tak tahu hendak ke mana. Di dalamnya juga, terdapat seorang anak dara persis puteri ‘bunian’ disebut-sebut bahawa kecantikannya ibarat cahaya bulan yang menyinari malam yang sepi. Kebanyakan orang-orang tua yang tinggal di kampung berdekatan akan singgah sekejap di hotel usang berkenaan bagi melihat kecantikan puteri bunian itu dan memohon hajat untuk perkara-perkara tertentu.
Yeo Jin Goo membawakan watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ bernama Jejin di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’ Jang Man Wol lakonan Lee Ji Eun (IU). Jejin memiliki tabiat disifatkan sebagai kecelaruan obsesif-kompulsif (“obsessive-compulsive disorder (OCD)”) tapi telah ditugaskan untuk menjadi pembantu pengurus termuda ‘Hotel del Luna’ bagi memacu aktiviti pelancongan ke atas hotel tersebut. Manakala, Jang Man Wol pula seolah-olah sebagai puteri bunian’ tersebut yang dikatakan terpaksa dikurung di dalam hotel itu untuk seribu tahun kerana terkena sumpahan ‘del Luna’. Identiti asalnya ialah seorang wanita tua agak jahat di masa lalu .Mungkinkah Jang Man Wol disumpah untuk mengubah dirinya menjadi sosok yang baik belaka?
Baca juga : 4 sebab kenapa kena tonton drama tvN Hotel del Luna
BONUS : SKY Castle 23.779%
‘SKY Castle’ mengisahkan sekelompok komuniti yang tinggal di sebuah pangsapuri mewah di pinggir bandar Seoul. Setiap ibu yang tinggal di sana kesemuanya bercita-cita tinggi untuk memastikan anak-anak mereka memasuki universiti yang berprestij. Ibu bapa akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kehidupan mereka nampak hebat dimata orang lain dan sanggup lakukan apa sahaja demi kebaikan anak-anak mereka. Apa yang mendapat perhatian penonton adalah bagaimana pelakon muda remaja ini menggambarkan watak mereka. Mereka perlu mempersembahkan kehidupan yang rumit anak-anak yang sedang membesar di dalam persekitaran yang penuh tekanan daripada keluarga mereka.
Drama ini hanya mencatat kadar tontonan purata hanya 1.5 peratus untuk episode pertama, namun penonton drama terus meningkat dan melakar populariti tersendiri untuk episode berikutnya. Episode terakhir berjaya merekodkan kadar tontonan sebanyak 23.779% sekaligus membenan rekod tontonan rangkaian kabel tertinggi sebelum ini dipegang oleh tvN “Goblin” sejak 21 Januari 2017.
“SKY Castle” juga telah memenangi Best Drama Series di Anugerah Televisyen Asia ke 24 (24th Asian Television Awards) yang telah diadakan di Manila, Filipina pada awal Januari lalu. Jadi, korang boleh consider untuk tonton drama ini yang penuh suspen, drama dan black comedy.
So, gais let’s make some choice and happy watching! Stay safe!