Kantoi pernah terlanjur dengan laki orang, Jung Eun Chae tak mahu mengulas kejadian 10 tahun lalu kerana privasi

Baru-baru ini, media melaporkan pelakon Jung Eun Chae pernah terlanjur dengan penyanyi Jung Jun il yang pada ketika itu masih mengikat tali perkahwinan.

Kejadian pertemuan itu dikatakan berlaku pada 10 tahun lalu di mana Jung Eun Chae tidak menyedari bahawa dia sedang mencintai seorang lelaki yang sudah berkahwin. Hakikat kecurangan Jung Jun Il telah diketahui oleh isterinya, yang juga bekas teman wanita dikenalinya selama empat tahun dan dinikahinya pada tahun 2010, sebelum akhirnya terpaksa bercerai juga pada tahun 2012 setelah mereka tidak lagi bersefahaman. Laporan itu juga menyebut bukti diperolehi menerusi saksi-saksi yang ditemubual daripada rakan-rakan terdekat.

Apabila agensinya dihubungi sebentar tadi, Jung Eun Chae tidak mahu mengulas lanjut kerana menganggapnya sebagai privasi.

Jung Joon Il yang pernah menyumbangkan beberapa runut lagu untuk drama-drama korea, antaranya “First Snow” untuk tvN Goblin dan terbaru sekali, “Think It’s You” untuk tvN Piece of Mind, terpaksa membatalkan beberapa konsert teater kecil-kecilan disebabkan kekangan pandemik Covid-19 manakala Jung Eun Chae pula akan membintangi drama SBS The King : Eternal of Monarch bersama Lee Min Ho dan Kim Go Eun yang ditayangkan mulai hari ini.

Sumber: sport seoul, tenasia

loading...