Kumpulan rock wanita Korea Selatan, QWER, bakal kembali ke Kuala Lumpur pada November ini menerusi QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!> IN KUALA LUMPUR.
Dibawakan oleh FriedRice Entertainment, konsert tersebut akan berlangsung pada 7 November 2026 (Sabtu), jam 3 petang di Mega Star Arena.
Dianggotai CHODAN, MAGENTA, HINA dan SIYEON, QWER telah mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan wanita Korea yang menampilkan identiti muzik rock sejak debut mereka.
Pada April lalu, QWER membuat kemunculan semula menerusi mini album keempat, CEREMONY. Album tersebut menandakan penutup yang berjaya bagi fasa pertama perjalanan QWER, yang bermula dengan single album debut Harmony from Discord sebelum diteruskan menerusi mini album ketiga I’m on your Side, even if the world Is in discord.
Pada masa sama, CEREMONY turut membuka lembaran baharu buat QWER untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam perjalanan muzik mereka.

QWER Lancarkan Fasa Baharu Menerusi ‘ROCKET LAUNCH!!’
Selepas berjaya menamatkan jelajah pertama mereka, ROCKATION, pada awal tahun ini, QWER kembali dengan jelajah baharu menerusi QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!>.
Selain meneruskan jenama ‘ROCKATION’ yang sebelum ini berjaya menceriakan serta menyentuh hati peminat di seluruh dunia, subjudul “ROCKET LAUNCH!!” pula membawa sisi unik dan menghiburkan QWER.
Seperti yang digambarkan menerusi tajuk tersebut, konsep jelajah kali ini hadir daripada imaginasi QWER yang seolah-olah berkata, “Kami sudah menjelajah ke seluruh dunia, jadi apa kata kita terbang ke angkasa pula?”
Menerusi jelajah kedua ini, QWER menyasarkan untuk meninggalkan impak yang lebih besar dan berkekalan kepada lebih ramai penonton melalui muzik mereka, ibarat roket yang meluncur ke angkasa.
Konsert ini turut menjanjikan pelbagai emosi, daripada debaran sebelum pelancaran hinggalah keterujaan memulakan sebuah perjalanan baharu, semuanya diserikan dengan persembahan QWER yang bertenaga dan penuh perasaan.
Selepas membuktikan kemampuan muzik serta keyakinan mereka di atas pentas menerusi jelajah terdahulu, peminat kini boleh menantikan sisi QWER yang lebih matang dalam jelajah kali ini.
Jelajah QWER Bakal Singgah Di Lapan Bandar
Jelajah QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!> bermula di Seoul pada 12 dan 13 September, sebelum diteruskan ke lapan bandar iaitu Taipei, Fukuoka, Osaka, Tokyo, Kuala Lumpur, Bangkok, Hong Kong dan Singapura.
Bagi pemegang tiket VIP, pelbagai faedah eksklusif turut disediakan termasuk akses ke soundcheck dan sesi hi-bye, peluang memenangi group photo session, barangan yang ditandatangani serta pelbagai lagi.
Maklumat Tiket QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!> IN KUALA LUMPUR
QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!> IN KUALA LUMPUR
📅 Tarikh: 7 November 2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 3:00 petang (MYT)
📍 Lokasi: Mega Star Arena

BAWIGE 2ND MEMBERSHIP (GLOBAL) Pre-Sale (Weverse)
➔ Tempoh Pendaftaran: 18 September 2026, 12:00 tengah hari – 20 September 2026, 12:00 tengah hari (MYT)
➔ BAWIGE 2ND MEMBERSHIP (GLOBAL) Pre-Sale: 24 September 2026, 12:00 tengah hari – 11:59 malam (MYT)
General Sale: 25 September 2026, 12:00 tengah hari (MYT)
Saluran Tiket Rasmi: my.bookmyshow.com / bit.ly/qwer-rocketlaunchkl26
Harga Tiket dan Pelan Tempat Duduk

✧ VIP – RM788
✧ C1 – RM688
✧ C2 – RM588
✧ C3 – RM488
✧ C4 – RM388
Semua harga tiket tidak termasuk caj tempahan, caj operasi dan cukai.
Faedah Peminat

Pembelian tiket yang dibuat sebelum 26 Oktober 2026 (Isnin), jam 11:59 malam (MYT) layak menyertai cabutan untuk mendapatkan Fan Benefits.
Pemenang akan diumumkan menerusi media sosial FriedRice Entertainment.
Maklumat lanjut mengenai penebusan Fan Benefits akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh acara menerusi media sosial FriedRice Entertainment.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai QWER 2nd TOUR <ROCKATION : ROCKET LAUNCH!!> IN KUALA LUMPUR, ikuti FriedRice Entertainment di Facebook, Instagram dan X.


