Locco & Stephanie Lee dilaporkan sedang dilamun cinta, agensi sahkan mereka baru putus cinta

Berikutan pendedahan berita yang mengatakan Stephanie Lee dan Locco sedang dilamun cinta, agensi YNK Entertainment tampil menjelaskannya hari ini.

Jurucakap agensi itu mengesahkan mereka memang pernah menjalinkan hubungan cinta tapi telah putus cinta sejak sekian lama. “Ya, tetapi mereka sudah putus cinta” katanya. Agensi Locco juga dipetik berkata, “Mereka baru saja putus cinta dan mahu kekal berhubungan baik sebagai kawan.”

Sebelum ini, sebuah portal gosip mendakwa Stephanie Lee dan Locco mula menjalinkan hubungan cinta setelah dipertemukan oleh kenalan mereka. Hubungan tersebut berlarutan selama hampir setahun.

Stephanie Lee merupakan seorang pelakon yang dikenali menerusi drama seperti SBS Yongpal dan SBS The Last Empress manakala Locco, seorang penyanyi rap setelah menjadi juara ‘Show Me The Money’ musim pertama, kini sedang menjalani latihan ketenteraan sejak Februari tahun lepas.

Sumber: mydaily, donga , imbc news

loading...