Viki Ajak Peminat Asia Tenggara Mengundi K-Drama Kegemaran, Dengan Drama Pemenang Bakal Dipaparkan Di Papan Iklan Digital Di Beberapa Pasaran Antarabangsa
Rakuten Viki, platform utama untuk hiburan Asia, mengumumkan sambutan K-Drama Day untuk tahun keempat bagi meraikan populariti hiburan Korea yang semakin berkembang serta komuniti peminatnya yang begitu aktif di Asia Tenggara dan seluruh dunia.
Bermula 25 September hingga 1 Oktober, Viki bakal meraikan komuniti peminatnya dengan pelbagai kandungan percuma, hadiah menarik, kandungan eksklusif bersama selebriti serta banyak lagi.
Peminat Viki sentiasa menjadi sebahagian penting dalam komuniti K-drama dengan berkongsi drama kegemaran, memperkenalkan cerita baharu kepada rakan-rakan dan membantu karya Korea menemui penonton di seluruh dunia.
Tahun ini, Viki menyerahkan pilihan tersebut kepada para peminat. Dari 14 hingga 21 September, peminat di seluruh Asia Tenggara boleh mengundi K-drama yang mereka mahu lihat mendapat perhatian utama. Drama yang menerima undian terbanyak akan dipaparkan pada papan iklan digital di beberapa pasaran antarabangsa.
Drama pemenang akan diumumkan pada K-Drama Day, 25 September, manakala papan iklan digital tersebut akan mula dipaparkan tidak lama selepas itu.
K-Drama Popular Percuma

Bagi memeriahkan sambutan K-Drama Day, Viki turut menawarkan pelbagai hadiah dan promosi menarik serta kandungan hiburan Korea eksklusif.
Sebanyak 10 drama popular Viki boleh ditonton secara percuma untuk tempoh terhad di beberapa rantau terpilih, termasuk:
- Spirit Fingers
- To My Beloved Thief
- Positively Yours
- IDOL I
- Last Summer
- Love Me
- Ms. Incognito
- A Bona Fide Killer
- First Lady
- The Scarecrow
Tawaran ini berlangsung dari 25 September hingga 1 Oktober dan tidak memerlukan langganan berbayar.
Kandungan Hiburan Korea Eksklusif
Sebagai sebahagian daripada sambutan K-Drama Day, peminat turut boleh menikmati pelbagai kandungan eksklusif bersama barisan pelakon dan tenaga kreatif K-drama, termasuk sesi temu bual, AMA (Ask Me Anything) serta peluang memenangi hadiah istimewa seperti autograf daripada bintang K-drama.
Antara kandungan yang bakal ditampilkan ialah:
- Temu bual bersama pengarah K-drama Yoon Jong Ho, pengarah A Bona Fide Killer, serta So Jaehyun, pengarah Dive Into You, drama terbitan bersama Viki yang akan mula ditayangkan pada 26 September.
- Video ucapan khas daripada barisan selebriti termasuk Park Ji Hoon, Lee Hye Ri, Hwang In Youp, Choi Soo Young, Kang Tae Oh, Kim Se Jeong dan Kong Hyo Jin.
- Temu bual eksklusif bersama Bae In Hyuk, bintang Our Universe.
- Video perbualan dan snack truck bersama barisan pelakon Dive Into You, termasuk Kim Ji Yeon, Park Seo Ham, Jang Se Hyuk dan Moon Seung You.
- Temu bual bersama pengarah Dive Into You, So Jaehyun.
- Temu bual bersama pengarah A Bona Fide Killer, Yoon Jong Ho.
- Pertandingan dengan pelbagai hadiah, termasuk Polaroid bertandatangan daripada pelakon siri Viki seperti Moon Sang Min, Park Sung Hoon, Nam Ji Hyun, Kong Hyo Jin dan ramai lagi.
Pelbagai Promosi & Kerjasama Istimewa
Sempena K-Drama Day, Viki turut bekerjasama dengan beberapa rakan strategik termasuk Agoda dan WEBTOON menerusi kandungan promosi silang, integrasi dan pelbagai tawaran menarik.
Agoda: Platform pelancongan global ini bakal merealisasikan impian peminat K-drama menerusi diskaun tempahan untuk pengguna Viki serta peluang memenangi penginapan percuma selama satu malam di Korea Selatan.
LG: Pengguna LG TV di beberapa rantau terpilih termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura boleh menikmati percubaan percuma selama sebulan untuk langganan Viki Pass Standard sehingga 13 Oktober.
WEBTOON: Kerjasama promosi silang ini menyasarkan komuniti peminat hiburan Korea yang aktif, sekali gus memperkenalkan Viki kepada pengguna yang sememangnya mengikuti kandungan Korea.
Viki boleh ditonton secara percuma dengan iklan atau tanpa iklan menerusi langganan Viki Pass Standard dan Viki Pass Plus. Platform ini turut tersedia di pelbagai peranti termasuk komputer, telefon mudah alih, peranti penstriman dan TV pintar.
Untuk maklumat lanjut mengenai K-Drama Day Rakuten Viki, termasuk terma dan syarat bagi setiap promosi, pemberian hadiah dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang sambutan tersebut, peminat boleh mengunjungi laman rasmi Viki.
Follow Viki di Instagram, TikTok, Facebook, YouTube, dan X untuk mendapatkan perkembangan terkini.


