6 kumpulan artis kpop hebat ini disahkan akan berentap untuk Queendom 2

Pihak produksi Queendom 2 telah mengumumkan senarai enam kumpulan artis kpop untuk Queendoom 2 yang dijangka berlangsung pada musim bunga depan bermula 31 Mac 2022 ini.

Menurut pihak produksi, pemilihan mereka berpandukan kepada fakta bahawa keenam-enam mereka pernah merangkul kejuaraan di dalam ‘music show’. Mereka ialah Brave Girls, VIVIZ, WJSN, LOONA, Kep1er, dan Hyolyn.

Terdahulu, Queendom musim pertama pada tahun 2019 berjaya meletakkan MAMAMOO sebagai pemenang dengan Park Bom, AOA, Lovelyz, Oh My Girl dan (G)I-DLE, antara peserta pertandingan. Populariti program itu turut mencetuskan Queendom versi lelaki dengan The Boyz pula dinobatkan pemenang Kingdom manakala Stray Kids dinobatkan pemenang “Kingdom : The Legendary War” kemudian.

Taeyeon, penyanyi kumpulan kpop Girls Generation yang kini aktif sebagai penyanyi solo akan bertindak sebagai hos Mnet Queendom 2 kali ini.

1. Brave Girls

Kumpulan pertama yang diperkenalkan ialah ‘Brave Girls’ yang menjadi sohor kini pada tahun 2020 gara-gara lagu ‘sleeper hit’, ‘Rolling’. Dengan kelebihan bakat terpendam serta keunikan yang belum pernah ditonjolkan oleh Brave Girls sebelum ini, mereka bakal menggegarkan pentas Queendom 2 nanti.

2. BBG (VIVIZ)

Asalnya bekas ahli kumpulan GFriend, Eunha, SinB, dan Umji bergabung membentuk kumpulan kpop baru, VIVIZ. VIVIZ yang baru saja ‘debut’ pada minggu lepas, memutuskan untuk menggunakan nama ‘BBG’ sepanjang berada di dalam Queendom 2 nanti.

3. Cosmic Girls / WJSN

Kumpulan kpop ketiga yang bakal berentap nanti ialah WJSN yang dikenali dengan lagu-lagu hebat seperti ‘Touch You’, ‘Please,’ dan ‘As You Wish’.  Kali terakhir WJSN mengeluarkan album pada Mac 2021 lalu menerusi Unnatural dengan lagu judul sama dijadikan single utama. Manakala lagu ‘Let Me In’ pula merupakan lagu terkini yang pernah dilancarkan oleh mereka pada Sept 2021 lalu. Dengan ketidakhadiran tiga orang ahli berbangsa China iaitu Chengxiao, Xuanyi, dan Mei Qi, WJSN versi Queendom 2 ini akan disertai oleh SeolA, Bona, EXY, Soobin, Luda, Dawon, Eunseo, Yeoreum, Dayoung dan Yeonjung.

4. LOONA

LOONA, antara kumpulan kpop veteran yang akan buat kemunculan semula dengan lima orang anggota sedia ada. Disebabkan LOONA pernah mencipta kejayaan di negara Amerika Syarikat, kehadiran mereka di Queendom 2 nanti telah mengundang tanda tanda peminat tentang apakah jenis koreografi yang bakal dipersembahkan untuk menangkap hati pendengar muzik kpop kali ini.

5. Kep1er

Sudah semestinya pengumuman Kep1er sebagai salah satu kumpulan kpop yang bakal berentap telah menyemarakkan lagi persaingan di pentas Queendom 2 nanti. Sebaik saja debut pada Jan 2022 lalu berdasarkan rancangan realiti survival Girls Planet 999, Kep1er yang disebut-sebut sebagai junior berbeda agensi kepada TWICE ini, telah meraih jualan album melebihi 200,000 unit selain memperoleh kejuaraan di ‘music show’.

Baca lagi: Kep1er ungguli pemegang jualan album ‘debut’ terlaris minggu ini, kini sebaris pencapaian dengan Aespa, IVE & Blackpink

6. Hyolyn

Hyolyn bekas ahli SISTAR mengakhiri senarai artis Kpop yang diumumkan oleh pihak produksi. Hyolyn dikenali dengan lagu-lagu hebat seperti One Way Love, Erase (duetnya bersama Jooyoung), Crazy of You (OST drama SBS Master’s Sun) dan Goodbye (OST drama SBS My Loves From The Star). Dengan menjadi satu-satunya artis solo yang bakal berentap nanti, persembahan solo Hyolyn akan diukur di atas kelebihannya selaku artis serba boleh.

loading...