Stray Kids akhirnya dinobatkan sebagai Raja “Kingdom : The Lagendary War”

 

Rancangan Mnet “Kingdom: Legendary War” telah melabuhkan tirai apabila telah menemui ‘KING’ nya!

Pada 3 Jun, persembahan akhir ATEEZ, Stray Kids, THE BOYZ, SF9, iKON, dan BTOB yang dinantikan ramai telah pun berlangsung. Kesemua kumpulan telah membuat persembahan paling epik dengan menampilkan lagu baru masing-masing yang telah diriliskan sebelum ini.

 

Juara “Kingdom” ditentukan menggunakan kombinasi faktor-faktor berikut: skor kumulatif kumpulan dari tiga pusingan pertandingan sebelumnya, hasil pengundian langsung semasa episod akhir program, dan persembahan digital trek terbaru setiap kumpulan.

Pada 28 Mei jam 12 malam KST, keenam-enam kumpulan yang bertanding telah meriliskan lagu baru mereka dan jumlah streaming serta jumlah muat turun yang dicapai oleh setiap lagu selama empat hari berikutnya dikira untuk skor artis digital. (“Kingdom” menggunakan Gaon Chart dan Apple Music untuk mengira skor domestik dan global bagi setiap lagu.)

Pusingan akhir pertandingan mempunyai nilai gabungan 50,000 mata, 40 peratus daripadanya ditentukan oleh persembahan digital dari enam lagu baru tersebut. Selebihnya, 60 peratus ditentukan sepenuhnya oleh undian semasa final.

Kedudukan kumpulan yang hanya berdasarkan skor digital (bukan gabungan keseluruhan kedudukan) adalah seperti berikut: THE BOYZ berada di tempat pertama, Stray Kids di tempat kedua, BTOB di tempat ketiga, ATEEZ di tempat keempat, iKON di tempat kelima, dan SF9 di tempat keenam.

Berikut merupakan persembaham enam kumpulan yang bertanding dipentas akhir “Kingdom : The Lagendary War” dengan lagu terbaru masing-masing.

ATEEZ – “The Real”

Stray Kids – “WOLFGANG”

THE BOYZ – “Kingdom Come”

BTOB – “Show and Prove”

iKON – “At Ease”

SF9 – “Believer”

Enam kumpulan itu juga turut bergabung untuk sebuah lagu khas berjudul “A Boys’s Diary”: Antara yang terlibat dalam kolaborasi ini adalah Jongho ATEEZ, Hyunjae THE BOYZ, Eunkwang BTOB, Donghyuk iKON, Inseong SF9, dan Seungmin Stray Kids

Setelah undian ditutup, host rancangan tersebut Changmin TVXQ mengumumkan kumpulan Stray Kids sebagai juara “Kingdom : The Lagendary War”.

Berikut merupakan kedudukan setiap kumpulan selepas kesemua jumlah markah disatukan.

1. Stray Kids – 38,873.040 points

2. THE BOYZ – 23,963.497 points

3. ATEEZ – 21,298.106 points

4. BTOB – 20,277.121 points

5. iKON – 13,875.888 points

Apapun, tahniah kepada semua kumpulan yang bertanding. Kesemunya telah memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu. Yang pasti peminat sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi pada setiap yang bertanding. Mungkinkah akan ada versi Queendom : Lagendary War pula selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

loading...