The Boyz diseru kembali untuk pertahankan gelaran ‘raja kpop’ di dalam Mnet “Kingdom”

Image may contain: 9 people, wedding

Pihak produksi telah mengesahkan siaran Mnet “Kingdom” akan bermula seawal-awalnya pada bulan Januari 2021 depan.

Tidak seperti “Queendom”, rancangan realiti tv ini dibahagikan kepada dua siri iaitu “Road To Kingdom”, di mana The Boyz telah diangkat sebagai juaranya dan “Kingdom” di mana The Boyz pula perlu mempertahankan gelaran juaranya dalam kalangan kumpulan kpop lain yang popular dan akan disenaraikan tak lama lagi.

“Kami tengah cuba dapatkan kumpulan kpop yang akan bertanding nanti dengan harapan dapat disiarkan episod pertama menjelang Februari depan. Apapun, perkara lanjut mengenai penggambaran dan tayangan belum lagi diputuskan,” kata jurucakap produksi itu.

Sebelum ini, timbul ura-ura yanga mengatakan rancangan realiti tv ini akan dibatalkan berikutan gejala pandemik Covid-19.

Sumber: joynews

loading...