Park Bo Gum dilaporkan telah selesai jalani khidmat ketenteraan pada hari ini, dua bulan lebih awal!

Park Bo Gum dilaporkan telah selesai menjalani khidmat ketenteraan pada 21 Feb 2022 hari ini.

Menurut sumber terdekat daripada jabatan ketenteraan Korea, Park Bo Gum diberikan pelepasan awal kerana perlu menghabiskan baki cuti diperuntukkan kepada mereka. Tambahan lagi, peraturan baru menetapkan mana-mana belum yang menghabiskan cuti mereka perlu diberikan perlepasan awal bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan anggota tentera.

Oleh yang demikian, Park Bo Gum telah diberikan perlepasan lebih awal daripada tarikh perlepasan wajibnya yang sepatutnya pada 30 April 2022 nanti.

Park Bo Gum,yang manis digelar ‘Ahmad Bogum’ dalam kalangan peminatnya di Malaysia, telah diiktiraf sebagai tukang gunting berlesen di markas tentera laut Korea setelah menyertai unit ketenteraan itu sejak 31 Ogos 2020.

Sebelum ini, permohonan Park Bo Gum untuk menyertai barisan kugiran tentera laut di dalam pengkhususan piano telah diluluskan oleh pihak tentera laut. Perancangan itu dibuat memandangkan beliau mempunyai kelebihan di dalam bidang muzik setelah belajar mengenainya di Myongji University, malah diberi peluang berlakon sebagai pemain cello di dalam drama KBS Naeil Cantabile selain menyumbangkan suara untuk OST KBS Moolight Drawn By Clouds.

Sejak berkhidmat dengan Tentera Laut, Park Bo Gum telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan pada 1 November 2021 dan telah dipanggil untuk membuatkan persembahan di Konsert Orkestra Tentera Laut pada 27 October 2021 lalu selaku hos utama. Beliau turut dijadikan contoh pemimpin kepada 680 bakal pelatih di Jabatan Pendidikan Tentera Laut Korea bertempat di Changwon, Gyeongsangnamdo.

Sumber: yonhapnews

loading...