LOONA berjaya tembus pasaran Amerika Syarikat buat pertama kali sejak ‘debut’

LOONA mencipta sejarah menakjubkan buat karier nyanyian mereka apabila menjadi kumpulan kpop perempuan bukan daripada kalangan syarikat besar, berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Menurut Billboard, album ‘Midnight’ (12:00), album mini ketiga kumpulan itu, berjaya menduduki tangga ke-112 dalam carta Billboard 200 dengan jualan album sekitar 14,400 unit di dalam seminggu. Ia menjadikan mereka kumpulan kpop perempuan keenam selepas BoA, Girl’s Generation, 2NE1, TWICE dan Blackpink berjaya berbuat demikian. Pencapaian LOONA agak mengejutkan agensi mereka, Blockberry Creative memandangkan mereka datangnya daripada syarikat kecil dan bukannya daripada syarikat besar seperti JYP, YG, Big Hit, dan SM Ent.

“LOONA betul-betul mendunia sekarang sebagai ‘gerombolan gadis tersiap’,” kata jurucakap agensi itu.

‘Midnight’ mempunyai lapan buah lagu dengan ‘Why Not?’ dijadikan sebagai single utama. Di tanah kelahiran mereka sendiri, album ‘Midnight’ mencatatkan jualan sebanyak 46,913 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, merupakan pencapaian terbaik mereka sejak ‘debut’.

LOONA, yang bermaksud , ‘Gadis bulan ini’, mula ‘debut’ pada tahun 2016 dengan dianggotai oleh 12 orang ahli.

Sumber: Billboard, yna

loading...