Didakwa terlibat dalam kegiatan buli sewaktu sekolah, agensi Kim Hieora beri kenyataan

Agensi Kim Hieora telah mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan terbaru tentang masa lalunya yang berkaitan dengan kegiatan buli.

Pada 6 September, Dispatch mengeluarkan laporan panjang lebar berkenaan tuduhan ke atas Kim Hieora yang menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan iljin (buli sekolah) yang dipanggil Big Sangji di Sekolah Menengah Perempuan Sangji. Menurut laporan itu, Big Sangji terkenal dengan pemerasan, serangan, penderaan lisan dan banyak lagi. Mangsa yang didakwa melaporkan tentang kegiatan Big Sangji mendakwa mereka memeras wang untuk diberikan kepada pelajar lebih tua dalam kumpulan itu. Mereka mendakwa jika mereka tidak mempunyai wang, ahli kumpulan itu akan mengutuk  serta memukul mereka. Mangsa juga mendakwa bahawa Kim Hieora adalah ahli Big Sangji dan menghantar mereka untuk membeli rokok dan memeras wang.

Dalam sesi temu bual dengan Dispatch, Kim Hieora menyatakan bahawa Big Sangji adalah nama komuniti dalam talian yang mana dia adalah ahli kumpulan tersebut dan menyangkal bahawa kumpulan itu adalah kumpulan yang membuli. Dia seterusnya mendakwa, “Walaupun saya telah dipukul oleh pelajar yang lebih tua tanpa sebab, saya tidak pernah memukul rakan atau pelajar yang lebih muda.” Dalam temu bual itu, Kim Hieora memohon maaf dan mengakui menjadi penonton kepada aktiviti tersebut.

Tambahan pula, laporan itu memperincikan insiden di mana Kim Hieora dihukum sebagai rakan sejenayah kepada pelajar yang lebih muda (selepas ini dirujuk sebagai “X”) kerana mencuri wang dari bilik darjah, tetapi kedua-dua Kim Hieora dan X menyatakan bahawa Kim Hieora tidak terlibat dalam kejadian itu dan X telah mencuri wang itu atas kerelaan dirinya dengan niat untuk membantu Kim Hieora yang mengalami masalah kewangan.

Baca juga : Didakwa terlibat dalam kegiatan buli sewaktu sekolah, agensi Kim Hieora beri kenyataan

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Kim Hieora Gram Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Ini adalah agensi pelakon Kim Hieora, Gram Entertainment.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang melalui berita yang mengejut seumpama ini.

Kami sedang menyediakan kenyataan rasmi, dan harap anda semua sabar menunggu.

Kami sekali lagi memohon maaf dengan setulus hati

Dalam pada itu, Kim Hieora dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam rakaman dalam “SNL Korea Musim 4” pada 7 September sebagai hos. Sumber dari “SNL Korea Musim 4” juga menyatakan, “‘Rakaman untuk ‘SNL Korea Musim 4’ telah dibatalkan. Siaran 9 September untuk episod 9 juga akan dibatalkan.”

Untuk pengetahuan, Kim Hieora telah membintangi beberapa projek drama seperti “Bad Prosecutor”, “Bad and Crazy”, “Extraordinary Attorney Woo” dan juga merupakan salah seorang pesakit Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) dalam “Hospital Playlist 2”.

Drama terbaru Kim Hieora, “The Uncanny Counter 2” baru saja menamatkan siarannya dan dia memegang watak Gelly Berherd, salah seorang watak antagonis dengan Kang Ki-young. Menurut Dispatch, aktres itu meminta artikel itu ditahan sehingga drama itu tamat agar tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada pelakon serta produksi.

Sumber : 1 | 2 | 3 |

loading...