Kep1er ungguli pemegang jualan album ‘debut’ terlaris minggu ini, kini sebaris pencapaian dengan Aespa, IVE & Blackpink

May be an image of 7 people

Kep1er, kumpulan kpop perempuan yang baru ‘debut’ pada 3 Jan 2022, menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila meraih jualan album terlaris pada minggu ini.

Album yang diberikan judul sebagai ‘First Impact’ itu berjaya memungut 206,569 unit berpandukan data yang dikutip oleh Hanteo pada 3 Jan hingga 10 Jan 2022 sekaligus menjuarai carta album Gaon pada minggu ini jauh meninggalkan pencabar, OMEGA X, P1 Harmony, NCT dan UP10tion. Kep1er mengulangi pencapaian yang dibuat oleh IVE sebelum ini apabila berjaya menjuarai carta album mingguan Gaon dalam tempoh seminggu ‘debut’.

Dengan catatan jualan album sulung Kep1er sebanyak itu, ia membolehkan mereka merampas tempat IVE di kedudukan no.2 bagi rekod jualan album ‘debut’ terlaris di dalam seminggu untuk kategori kumpulan kpop perempuan manakala Aespa pula masih kekal penyandang di kedudukan pertama dengan catatan sebanyak 276,877 unit di dalam seminggu. Tambahan lagi, Kep1er merupakan pemegang rekod terpantas bagi album ‘debut’ perempuan terlaris yakni sebanyak 150,153 unit berjaya diperolehinya sehari selepas ‘debut’.

Kep1er dianggotai oleh 9 orang pelatih yang merupakan finalis program realiti tv Girls Planet 999 dan komposisi ahli-ahlinya dipuji kerana menggabungkan artis-artis daripada pelbagai bangsa sehingga mengingatkan peminat kpop ketika TWICE mula dibentuk suatu masa dulu. Selain Yujin, Chaehyun, Dayeon, Youngeun, dan Yeseo yang berdarah Korea sepenuhnya, turut menyertai Kep1er ialah dua orang ahli berbangsa Jepun; Mashiro dan Hikaru, seorang ahli berbangsa China, Xiaoting serta seorang lagi ahli berbangsa campuran Korea dan Jerman Amerika, Huening Bahiyyih. Bahiyyih ialah adik perempuan kepada Hueningkai daripada TXT.

Album ‘First Impact’ melahirkan lagu ‘Wa Da Da’ sebagai single utama.

Sumber: Hanteo, Gaon Chart

loading...