Malunya, Son Ye Jin mengaku hatinya sudah dimiliki oleh Hyun Bin

Image may contain: 1 person, outdoor

Son Ye Jin membuat kenyataan rasminya berhubung hubungan cinta yang terjalin antaranya dengan Hyun Bin.

“Hari ini hari tahun baru. Muncul di hadapan kalian dengan cerita peribadi berbanding pasal kerja buat pertama kali, kenapa tiba-tiba saya rasa malu pula. Hmm…mm..umm… Ya, itulah yang berlaku..^.^. Haha…Umm…^^;;. Saya tak tahu apa nak kata, tetapi saya perlu bagitahu juga. Macam serba salah dan pelik dibuatnya..^^; Tetapi saya berterima kasih berjumpa dengan orang baik dan akan bekerja keras untuk menjaga hubungan ini dengan baik. Kasih sayang dan sokongan diberikan kepada saya, saya akan sematkan di dalam hati… Saya harap ada perkara baik lagi pada tahun ini. Kekal sihat. Ppyong,” tulis Son Ye Jin dalam satu kenyataan di dalam laman instagramnya.

Hyun Bin dan Son Ye Jin sebelum ini pernah beberapa kali didakwa menjalani hubungan lebih daripada sekadar kawan, namun dinafikan oleh mereka berulang-ulang kali.

Baca lagi : [Gempar] Hyun Bin & Son Ye Jin SAH sudah lama menyulam cinta sejak drama tvN Crash Landing On You berakhir; Hyun Bin & Son Ye Jin dilihat senyap-senyap berpegangan tangan sewaktu tengah berlakon; agensi nafi mereka bercinta; Hyun bin & Son Ye Jin kantoi ‘dating’ tapi masih tak nak mengaku?

Bagaimanapun, hari ini, 1 Jan 2020, mereka mungkin susah untuk menyangkalkan lagi gosip bertebaran sejak pagi tadi apabila portal Dispatch mengesahkan mereka sememangnya sudah bercinta sejurus selepas drama tvN Crash Landing On You berakhir pada 8 bulan lalu. Mereka turut mengesahkan mereka sedang menjalani hubungan cinta itu dalam kenyataan dikeluarkan agensi masing-masing.

Sumber: instagram

loading...