Wendy terjah pentas bersama Red Velvet buat pertama kali sejak kemalangan yang menimpanya setahun lalu

Image may contain: 2 people, text that says 'Hello- this is WENDY, good to see you all!'

Wendy Red Velvet membuat kemunculan di atas pentas buat pertama kali sejak kemalangan yang menimpanya setahun lalu.

Red Velvet yang membuat persembahan lagu “Bad Boy” dan “Peek-A-Boo” di konsert SMTOWN Culture Humanity pada 1 Januari 2020 ini, menampilkan Wendy menari bersama dengan ahli-ahli kumpulan lain dengan sempurna. Wendy sempat berkongsikan kegembiraan itu sambil bercakap di depan hadirin di atas pentas, “Sudah setahun kami tidak beraksi cukup sempurna berjumlah 5 orang ahli. Saya begitu teruja tapi risau. Apapun, saya gembira dapat berada di atas pentas ini bersama Red Velvet.”

Wendy sebelum ini dilaporkan telah dibebaskan daripada hospital pada 3 April 2020 lalu setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh di atas pentas semasa membuat persembahan di dalam SBS Gayo Daejon di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 25 Disember 2019.

Kemalangan di atas pentas tersebut menyebabkan mukanya tercedera selain keretakan yang berlaku pada tulang telapak tangan dan pinggulnya. Sepanjang terlantar di dalam hospital, Wendy tidak dapat menyertai sebarang aktiviti melibatkan dirinya bersama dengan rakan-rakan Red Velvet yang lain dalam mempromosikan album studio mereka, The ReVe Festival: Finale dengan lagu hit ‘Psycho’ sebagai single utama.

Sumber: SMTown Live

loading...