Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Dis 2020

Image may contain: 9 people

Hwang In Yeop, BTS dan Taehyung  telah menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Disember 2020 apabila meraih undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

 

Hwang In Yeop berjaya menganjak ke hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 52.6%, disusuli oleh Cha Eun Woo (48.8%), Lee Do Hyun (24%), Kim Seon Ho (19.1%) dan Moon Ga Young (15.3%).

Belum pun kebah lagi dengan sindrom ‘2nd lead’ daripada Kim Seon Ho menerusi drama tvN Start Up bulan lalu, kali ini penonton kdrama terpaku pula dengan kemunculan pelakon baru bermata sepet iaitu Hwang In Yeop yang hadir mempesonakan menerusi drama tvN True Beauty, mengingatkan pada Lee Jun Ki dan Kim Woo Bin pada suatu masa dulu. Tanpa diduga, Hwang In Yeop telah memintas populariti yang sepatutnya dikecapi oleh Cha Eun Woo daripada drama yang sama. Hwang In Yeop membawakan watak Han Seo Jun, seorang yang mudah bersosial tapi agak berperangai kasar pada sesiapa yang tidak disukainya disebabkan latar belakangnya yang berasal daripada keluarga miskin. Menyukai bidang nyanyian dan mempunyai suara seperti Sam Smith, Han Seo Jun menjalani latihan sebagai idol tetapi hidupnya tidak keruan sejak menemui gadis yang diminatinya, Jungyeon (lakonan Moon Ga Young) dan terpaksa bersaing dengan Lee Sun Ho (lakonan Cha Eun Woo) bagi mendapatkan Jungyeon sepenuhnya.

Kim Seon Ho, yakni penyandang takhta “Kdrama Artist Top Stars” bulan lepas terkandas di tempat keempat apabila undiannya jatuh mendadak daripada perolehan yang lebih besar sebelum ini. Populariti drama tvN True Beauty telah membantu ketiga-tiga pelakon drama itu memperolehi undian lima teratas dengan Moon Ga Young, satu-satunya pelakon wanita paling popular di antara mereka.

Untuk pemegang  “Kpop Group Top Stars” pula, BTS  sekali lagi mengekalkan undian tertinggi buat tiga kali berturut-turut sejak Oct 2020 dengan peratusan undian sebanyak 48%. Populariti BTS sepanjang bulan Disember 2020 lalu banyak dibantu dengan kemunculan di beberapa program tv terkemuka di Amerika Syarikat selain lagu-lagu solo dikeluarkan oleh ahli-ahli mereka masing-masing walaupun hanya sekadar promosi.

Namun, NCT mencipta kejutan apabila popularitinya melonjak naik ke tempat kedua dengan peratusan undian sebanyak 32.4%, menyailang kedudukan Blackpink yang terpaksa akur di tempat ketiga dengan beza undian hanya 0.5% saja. Album ‘Resonance’ Pt.1 dan Pt.2 yang dikeluarkan selang beberapa bulan membuatkan penggemar kpop ini beralih kepada NCT baru-baru ini dengan beberapa single menarik perhatian seperti ‘Make A Wish’, 90’s, Work It dan Resonance.

Akhir sekali, Taehyung mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang takhta “Kpop Idol Top Stars” untuk  meninggalkan jauh pencabar-pencabarnya ke belakang dengan peratusan undian sebanyak 33.2%. Taehyung pandai memikat hati peminatnya dengan berbagai-bagai gaya dan aksi bergambar moden laksana seorang model berpengalaman. Tidak cukup dengan aksi yang comel, Taehyung menghadiahkan lagu ‘Snow Flower’ ft. Peak Boy buat peminatnya selain sambutan hari jadinya di seluruh dunia telah berjaya menggamit perhatian baru-baru ini. Dibantu dengan “comeback” album terbaru, ianya sudah cukup meletakkan Taehyung dan Jungkook (41.7%) di tangga kedua teratas idol paling popular masa kini. Walaupun menurun sedikit daripada kedudukan no.2 sebelum ini, Baekhyun masih memperolehi peratusan undi yang agak besar sebanyak 26.7% selesa berada di hadapan Jennie (24.3%), Jungwoo (18%) dan Kai (13.6%). Baekhyun baru saja mengeluarkan single ‘Amusement Park’ untuk tatapan peminatnya.

Sebagai bonus, tiga lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Disember lalu adalah Resonance oleh NCT (22.4%), Life Goes On oleh BTS (22.1%) dan Dynamite oleh BTS (21.8%) manakala pemegang gelaran Penari Terbaik (“Best Dancer”) sepanjang tahun 2020 lalu ialah Jimin BTS (27.5%), Lisa Blackpink (15.7%), Kai EXO (13.8%), Shotaro NCT (8.3%) dan Hyunjin Stray Kids (7.6%).

Kaji selidik Kmania TOP Stars Dis 2020 ini dibuat pada 30 hingga 30 Disember 2020 dengan anggaran 367 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ bulan lalu sila klik pautan di sini.

loading...