Hyun Bin & Son Ye Jin dilihat senyap-senyap berpegangan tangan sewaktu tengah berlakon; agensi nafi mereka bercinta

Spekulasi netizen tentang dakwaan Hyun Bin dan Son Ye Jin menjalinkan hubungan cinta di luar lokasi penggambaran (cinlok) telah tertular di laman komuniti forum di Korea sejak pagi tadi. Masakan tidak, kimia ditunjukkan drama tvN Crash Landing On You seakan-akan membayangkan mereka telah bercinta sejak sekian lama walaupun pernah dinafikan berulang-ulang kali sebelum ini.

Seperti dilaporkan oleh portal hankyung, netizen itu telah mencetuskan spekulasi tersebut selepas melihat kedua-duanya berpegangan tangan di bawah meja makan ketika dalam satu adegan drama  tvN Crash Landing On You yang mungkin tidak disunting habis menyebabkannya tidak sengaja untuk ditayangkan. Ia rentetan daripada beberapa gambar di luar tadbir (“behind the scene/BTS”) yang dikeluarkan secara rasmi oleh produser drama itu pada hari sebelumnya. Sekiranya gosip ini benar, maka mereka akan menjadi pasangan selebriti popular terhasil akibat cinlok seperti pernah terjadi kepada Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menerusi drama hit gandingan mereka, KBS Descendants of The Sun.

Walaubagaimanapun, agensi VAST Entertainment menafikan mereka bercinta. “Ia tak benar cerita yang mengatakan Hyun Bin dan Son Ye Jin berpegangan tangan di bawah meja. Tak bersentuh pun.”

Sebelum membintangi drama tvN Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin pernah berlakon bersama-sama di dalam filem Negotiation dan dikatakan pernah berdua-duaan di pusat beli-belah yang terletak di Los Angeles. Agensi kedua-dua pihak terus menyangkal dakwaan itu dan hanya memaklumkan mereka hanya berkawan baik sahaja.

tvN Crash Landing On You berkisarkan tentang cinta berputik antara pasangan yang dipisahkan oleh dua negara berseteru antara sama lain. Kisahnya bermula apabila Yoon Seo Ri (lakonan Hyun Bin) yang sedang leka bermain payung terjun tiba-tiba dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara. Yoon Seo Ri diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat. Namun krisis demi krisis terjadi, Ri Jung Hyuk terpaksa merentas sempadan negaranya bagi menyelamatkan Yoon Se Ri daripada terbunuh oleh musuhnya.

Bagi yang ketinggalan, tvN Crash Landing On You boleh ditonton di saluran Netflix pada bila-bila masa saja.

Sumber: hankyung, donga, chosun ilbo

loading...