[Gempar] Hyun Bin & Son Ye Jin SAH sudah lama menyulam cinta sejak drama tvN Crash Landing On You berakhir

Image may contain: 2 people

Hyun Bin dan Son Ye Jin pernah beberapa kali didakwa menjalani hubungan lebih daripada sekadar kawan, namun dinafikan oleh mereka berulang-ulang kali.

Baca lagi : Hyun Bin & Son Ye Jin dilihat senyap-senyap berpegangan tangan sewaktu tengah berlakon; agensi nafi mereka bercinta; Hyun bin & Son Ye Jin kantoi ‘dating’ tapi masih tak nak mengaku?

Bagaimanapun, hari ini, 1 Jan 2020, mereka mungkin susah untuk menyangkalkan lagi gosip bertebaran sejak pagi tadi apabila portal Dispatch mengesahkan mereka sememangnya sudah bercinta sejurus selepas drama tvN Crash Landing On You berakhir pada 8 bulan lalu.

Menurut satu penemuan hasil daripada temubual bersama rakan terdekat mereka, sumber itu mendakwa, “Selepas 3 bulan mereka berlakon di dalam drama bersama, mereka semakin merindui antara satu sama lain kerana mereka jarang bersemuka selepas itu.” Malah, sumber lain juga mendakwa pertemuan dua mata antara Hyun Bin dan Son Ye Jin yang bukan lagi sekadar kawan biasa apabila gambar kedua-duanya bermain golf dan menaiki kereta bersama tanpa kelibat kawan-kawan dan kenalan terdekat lain, telah mengundang gosip yang sukar lagi untuk dinafikan. Hyun Bin dilaporkan mengajar Son Ye Jin bermain golf.

Sebagai tindakbalas terhadap laporan eksklusif Dispatch itu, agensi Hyun Bin, VAST Entertainment telah mengesahkan mereka memang telah berpacaran. “Kedua-duanya menjalin hubungan menerusi kerja (drama tvN Crash Landing On You dan filem Negotiation) dan sejak drama berakhir, mereka menyelami perasaan cinta itu sesama mereka,” kata jurucakap agensi itu.

Dengan pengesahan agensi ini, maka berakhirlah gosip-gosip mengatakan mereka hanya berkawan saja sebelum ini. Hyun Bin dan Son Ye Jin menjadi pasangan cinta lokasi (“cinlok”) yang paling sensasi sejak drama pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo daripada KBS Descendants of The Sun sehingga mereka melangsungkan perkahwinan, tetapi bercerai beberapa tahun selepas itu.

Drama tvN Crash Landing On You boleh ditonton di Netflix.

Sumber: Dispatch,,sport seoul

loading...