Yoon Sang Hyun serta tiga anaknya sertai ‘The Return of Superman’ setelah pemergian Gary dan Ha Oh

Image may contain: 4 people, people sitting

Pelakon Yoon Sang Hyun akan menyertai rancangan KBS2 The Return of Superman‘ disamping beberapa selebriti sedia ada untuk siaran 2021!

Pada 30 Disember, KBS2 telah mengesahkan penyertaan Yoon Sang Hyun dan isteri, sebagai keluarga baru yang pertama bagi tahun 2021 dalam ‘The Return of Superman’. Pasangan ini memiliki tiga cahaya mata, dua perempuan dan seorang lelaki iaitu Na Gyeom (6 tahun), Na On (4 tahun), serta Hee Sung (3 tahun).

Sementara itu, penyanyi rap Gary dan anak lelakinya, Ha Oh berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada penonton diepisode terakhir mereka di ‘The Return of Superman’ pada  siaran 27 Disember lepas. Pasti ramai yang merindukan aksi comel Ha Oh.

Tapi, apakah aksi yang akan ditonjolkan oleh tiga anak-anak Yoon Sang Hyun? Mesti lagi happening, memandangkan keluarga mereka sangat ceria. Episode baru ‘The Return of Superman’ boleh ditonton di Astro KBS World TV Ch 392 HD dan Ch 391 pada setiap Ahad, jam 6.05 petang.

Sumber : tenasia | yna

loading...