Neelofa akui ‘terjatuh cinta’ dengan ATEEZ

Image may contain: 4 people

Neelofa, salah seorang personaliti Malaysia paling popular pada tahun 2020, membuat pengakuan bahawa dia menyukai kumpulan kpop yang baru meningkat naik, ATEEZ.

Pengakuan itu dibuat menerusi jawapan diberikan kepada ciapan oleh seorang netizen di laman twitter hari ini, 30 Disember 2020.

“Kumpulan kpop yang manakah kamu paling suka sekarang?,” tanya netizen itu lalu Neelofa segera menjawabnya, “ATEEZ.” Ciapan tersebut kemudiannya tertular di laman sosial, rata-ratanya dalam kalangan peminat ATINY di Malaysia.

Baca lagi : Gerun bila melihat pencapaian ATEEZ sekarang, mengingatkan netizen pada kejayaan BTS satu ketika dulu

ATEEZ disebut-sebut antara kumpulan kpop yang bakal menguasai pasaran muzik di masa akan datang berikutan peningkatan yang sangat mendadak menembusi pasaran muzik Kpop yang dicapai dalam tempoh dua tahun saja.

Neelofa sebelum ini mencetuskan sensasi selepas ada ura-ura mengatakan dia dan tunangnya, PU Riz bakal berpisah.

Sumber: twitter

loading...