KBS menutup tirai tahun ini dengan meraikan drama dan pelakon terbaik sepanjang 2025!
Pada 31 Disember, Anugerah Drama KBS 2025 berlangsung di Seoul dengan Jang Sung Kyu, Nam Ji Hyun, dan Moon Sang Min sebagai pengacara majlis. Anugerah Utama (Daesang) tahun ini dikongsi oleh Ahn Jae Wook dan Uhm Ji Won, bintang drama For Eagle Brothers, sekali gus menandakan Daesang pertama dalam kerjaya kedua-dua pelakon tersebut.
Drama For Eagle Brothers mendominasi malam anugerah apabila meraih pelbagai kemenangan termasuk Best New Actor, Best Writer, Best Couple, Best Supporting Actor, Excellence Award, serta Daesang, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara drama paling berjaya tahun ini. Drama ini turut memenangi dua Anugerah Pasangan Terbaik, masing-masing untuk pasangan utama Ahn Jae Wook & Uhm Ji Won, serta pasangan bapa-anak perempuan di layar kaca Yoon Bak & Lee Bom.
Highlight malam KBS Drama Awards 2025:
-
Lee Young Ae memenangi Top Excellence Award menerusi drama Walking on Thin Ice. Dalam ucapannya, beliau memberi penghormatan kepada Lee Soon-jae, Kim Ji-mee, dan Yoon Seok-hwa sebagai mentor dan sokongan utama dalam kariernya.
-
Ok Taecyeon mencetuskan kejutan apabila secara terbuka menyebut nama sebenar tunangnya semasa ucapan kemenangan, menjadikannya salah satu momen paling diingati malam itu. Beliau berkata, “Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hati kepada tunang saya. Saya cintakan awak, Ji Hye!”
-
Lee Jun-young mencipta sejarah sebagai pemenang triple-crown, membawa pulang Excellence Award (Male, Miniseries), Popularity Award, dan Best Couple Award bersama Jung Eun-ji. Beliau turut mengumumkan akan menyertai khidmat ketenteraan tidak lama lagi, sambil berjanji untuk kembali dengan selamat dan terus menunjukkan transformasi lakonan dalam projek akan datang.
-
Jung Il-woo memenangi Excellence Award (Long-Form Drama) menerusi Splendid Days, sambil mengenang bimbingan dan sokongan senior termasuk Lee Soon-jae.
-
Yoon Park membawa pulang Excellence Award (Long-Form Drama) untuk For Eagle Brothers dan mendedikasikan kemenangan kepada isteri dan anak yang bakal lahir.
-
Park Sang-myun dan Park Yoon-jae menerima Excellence Award (Daily Drama), menonjolkan dedikasi bertahun-tahun serta pengalaman mereka dalam industri.
-
Satu segmen khas menghormati mendiang Lee Soon-jae menampilkan video mengenang karier beliau, diikuti persembahan oleh Kai dan pelakon drama Dog’s Words. Pelakon junior seperti Jung Il-woo dan Uhm Ji-won dilihat menitiskan air mata semasa menonton senyuman mendiang, menambahkan lagi momen menyentuh hati malam itu.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Drama KBS 2025:
Daesang (Anugerah Utama):
Ahn Jae Wook, Uhm Ji Won (For Eagle Brothers)
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi:
Kim Young Kwang (Walking on Thin Ice)
Lee Young Ae (Walking on Thin Ice)
Lee Tae Ran (Our Golden Days)
Anugerah Kecemerlangan (Miniseri):
Taecyeon 2PM (The First Night with the Duke)
Lee Jun Young (Pump Up the Healthy Love)
Seohyun Girls’ Generation (The First Night with the Duke)
Jung Zi So (Who Is She!)
Anugerah Kecemerlangan (Drama Panjang):
Yoon Bak (For Eagle Brothers)
Jung Il Woo (Our Golden Days)
Yoo In Young (For Eagle Brothers)
Jung In Sun (Our Golden Days)
Anugerah Kecemerlangan (Drama Harian):
Park Sang Myun (Good Luck!)
Park Yoon Jae (Queen’s House)
Hahm Eun Jung (Queen’s House)
Pelakon Pembantu Terbaik:
Kim Dong Wan, Park Joon Geum (For Eagle Brothers)
Anugerah Pasangan Terbaik:
- Ahn Jae Wook & Uhm Ji Won (For Eagle Brothers)
- Lee Jun Young & Jeong Eun Ji (Pump Up the Healthy Love)
- Jung In Sun & Jung Il Woo (Our Golden Days)
- Seohyun & Taecyeon (The First Night with the Duke)
- Kim Young Kwang & Lee Young Ae (Walking on Thin Ice)
- Ha Seung Ri & Hyun Woo (Marie and Her Three Daddies)
- Yoon Bak & Lee Bom (For Eagle Brothers)
Anugerah Populariti:
Lee Jun Young, Jeong Eun Ji (Pump Up the Healthy Love)
Penulis Skrip Terbaik:
Goo Hyun Sook (For Eagle Brothers)
Anugerah Drama Pendek:
Yang Dae Hyuk (Love Track – Love’s Grace Period)
Kim Ah Young (Love Track – Love Hotel)
Pelakon Baharu Terbaik:
Lee Seok Gi (For Eagle Brothers)
Park Jung Yeon (Our Golden Days)
Shin Seul Ki (For Eagle Brothers)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
Kim Gun Woo (Good Luck!)
Kim Si Ah (Walking on Thin Ice)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Drama KBS 2025!

