Nyanyian penuh syahdu Stray Kids mengisi OST “Extraordinary You”

Stray Kids telah meriliskan muzik terbaru mereka bagi mengisi OST Part 7 drama MBC “Extraordinary You” yang masih lagi ditayangkan. Dengarnya lagu ini berjaya menyentuh hati para peminat kumpulan teesebut yang dikenali sebagai Stay.

OST nyanyian Stray Kids berjudul “Unending Story”, bagi drama “Extraordinary You” ini telah diriliskan pada 7 November. Lagu ini dimainkan pada episode 21 dan 22 pada hari yang sama. Jadi, peminat di Malaysia masih lagi berpeluang mendengarkannya di episode terbaru drama ini pada hari ini (8 Nov) jam 7.50 malam menerusi OhK Ch 394. Anda juga boleh mendengarkan lagu ini seperti muzik video yang disertakan di bawah :

https://youtu.be/DZwlluUwfrw

Sejak kumpulan Stray Kids debut pada 2017, “Unending Story” merupakan OST pertama nyanyian mereka dan para peminat dah jatuh hati saat mendengarkan lagu ini. Kebanyakkan dari peminat menyatakan lagu ini dihiasi lirik yang indah, vokal pada nada tinggi yang mengagumkan serta vokal yang sangat harmoni. Peminat telah berkongsi pendapat masing-masing menerusi Twitter dengan menggunakan tanda pagar  #스트레이키즈_끝나지않을이야기. 

Bagaimanapula dengan pandangan korang tentang OST pertama dari Stray Kids, “Unending Story” ini?

Sumber : mnc |

loading...