Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, selayaknya memegang takhta Kmania TOP Stars Oct 2020

Lee Dong Wook, BTS dan Jungkook dinobatkan sebagai penyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Oktober 2020 apabila meraih undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

Lee Dong Wook mendahului pencabar-pencabarnya terdekat dengan peratusan undian sebanyak 25%, disusuli oleh Nam Joo Hyuk (23%) dan Park Bo Gum (17%). Lee Dong Wook kini sedang membintangi drama tvN Tale of Gumiho, membawakan watak Gumiho berperanan membersihkan kekacauan yang mengganggu dunia manusia. Kehadiran Lee Dong Wook dalam drama itu seakan-akan menjadi pemanis mata  apabila pandai menggayakan hanbok yang agak sepadan dengan dirinya selain sengaja menghidangkan kecantikan dan kemerlisan susuk tubuh badannya yang jarang ada pada pelakon yang sudah berusia. Ia sudah cukup untuk membuatkan namanya meniti di bibir peminat Kdrama mengatasi Park Bo Gum di dalam tvN Record of Youth yang kini sedang berkhidmat dengan negara dan juga Nam Joo Hyuk, yang kini digilai kerana dalam tvN Start Up.

Bagi kategori Kpop Group Top Stars pula, BTS meraih undian tertinggi dengan peratusan sebanyak 36%, menyusul di hadapan Blackpink (21%), TWICE (12%), NCT (10%) dan TXT (8%). BTS masih mengekalkan momentum tersebut dengan single ‘Dynamite’ yang masih lagi menjadi siulan peminat kpop walaupun terpaksa bersaing sengit dengan Blackpink yang baru saja mengeluarkan album penuh pertamanya pada awal bulan itu, ‘Blackpink The Album’. Kedua-dua kumpulan kpop ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kalangan peminat di Malaysia.

Akhir sekali, Jungkook pula dinobatkan pemegang takhta “Kpop Idol Top Stars” meninggalkan jauh pencabar-pencabarnya ke belakang dengan peratusan undian sebanyak 31%. Meskipun berpangkat maknae, Jungkook yang merupakan vokalis utama BTS ini seringkali menjadi sebutan di dalam enjin carian di Malaysia disebabkan ketampanan rupa yang dimiliknya selain pandai berinteraksi dengan peminatnya. Manakala, idol yang menduduki tempat kedua dan ketiga tertinggi pula masing-masing ialah Lisa Blackpink (16%) dan Irene Red Velvet (11%). Irene Red Velvet pula menjadi sebutan netizen bulan Oktober lepas berikutan kontroversi pernah mengasari editor majalah dahulu.

Kaji selidik Kmania TOP Stars Oct 2020 ini dibuat pada 31 Oktober hingga 2 Nov 2020 lalu dengan anggaran 1000 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

 

loading...