Lee Jong Suk rampas takhta “Kmania Top Star” milik Song Ji Hyo untuk bulan Dec 2018

Lee Jong Suk menerusi drama SBS Hymn of Death melonjakkan namanya untuk merajai ‘Kmania Top Stars’ buat kali ke-2.

Carta ‘Kmania Top 10 stars’ bulan Dec 2018 mengangkat Lee Jong Suk sekali lagi untuk pemegang takhta sekaligus merampasnya dari tangan Song Ji Hyo. Lee Jong Suk pernah dinobatkan sebagai pemegang takhta pada edisi Oct 2017 lalu, seterusnya mencipta sejarah satu-satunya selebriti Korea yang berjaya berbuat demikian.

Pengaruh drama SBS Hymn of Death dengan lakonan suami yang curang sememangnya meninggalkan kesan agak kuat untuk ramai-ramai keluar mengundi Lee Jong Suk meninggalkan pesaingnya dengan kelebihan undi sebanyak 104. Kemanisan ini pastinya dirasai oleh peminat-peminat Lee Jong Suk yang agak kecewa setelah beliau gagal tercalon dalam kategori Popular Actor CARI Kdrama Awards setelah tercalon berturut-turut selama 4 kali, dan menang buat pertama kali pada tahun lepas. Syabas Lee Jong Suk kerana berjaya meletakkan dirinya di kelas pertama.

Tempat ke-2 dipegang oleh Choi Ji Hyuk buat pertama kali setelah melakonkan watak penuh kacak bergaya sebagai ‘bodyguard’ diraja di dalam drama paling syok dilayan peminat drama korea kini iaitu SBS The Last Empress. Ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh pelakon berbakat ini. Manakala, Do Kyung Soo kekal di posisi no.3 untuk dua kali berturut-turut. Penangan drama sageuk tvN 100 Days My Prince masih lagi terasa, malah EXO gigih mempromosi album ‘Dont Mess Up With My Tempo’ dalam ‘comeback’ dibuat pada awal November lepas. Single ‘Tempo’ turut meraih kedudukan terbaik di carta Gaon dan Billboard Kpop Hot 100 memastikan kelangsungan populariti idol bergelar pelakon ini.

Jimin BTS yang mendapat tempat ke-2 edisi bulan lepas jatuh ke kedudukan no.4. Siapalah dapat menidakkan kejambuan wajah terpancar dari pemilik sosok bernama Park Ji Min ini selain kelincahannya menari dengan suara yang nyaring. Ia telah cukup menyakinkan peminat-peminatnya untuk menempatkan beliau dalam kedudukan agak selamat di dalam top 10 ‘Kmania Top Stars’. BTS sememangnya sangat dikenali pada tahun 2018 dan ia sangat membantu kelangsungan populariti Jimin.

Park Shin Hye debut untuk kali pertama dengan kedudukan no. 5 hasil daripada penampilannya yang penuh mengasyikkan di dalam tvN Memories of Alhambra. Gandingan mesranya bersama Hyun Bin dalam drama berkonsepkan romantik suspens ini telah menyeru sebilangan peminatnya turun padang bagi mengundi pelakon cantik ini. Manakala, kedudukan no. 6 pula diisi oleh Jang Nara menerusi lakonan pemaisuri Oh Sunny di dalam SBS The Last Empress yang diuji berbagai-bagai dugaan akibat konspirasi politik istana. Ini merupakan pencapaian terbaik Jang Nara setelah pernah meraihnya pada kedudukan sama pada carta ‘Kmania Top Stars’ edisi Nov 17.

Yoo Seung Ho dan Ong Seung Woo Wanna One masing-masing menempatkan diri mereka di tangga ke-7 dan ke-8 kali ini. Yoo Seung Ho tampil ‘macho’ di dalam drama SBS My Strange Hero dengan lakonan sebagai bekas murid kena buang sekolah yang datang untuk membalas dendam ke atas cinta yang dikhianati manakala Ong Seung Woo pula lebih dikenali dengan wajah tampannya yang menjadi penyeri kumpulan Wanna One itu. Seperti yang diketahui, Wanna One telah pun terbubar secara rasmi menjelang Januari 2019. Moga tahun 2019 menjadi lebih baik buat Ong Seung Woo yang sudah menjadi solo.

Akhir sekali, tempat ke-9 dan ke-10 berjaya diraih oleh Park Bo Gum dan Kim Yoo Jung. Park Bo Gum turun daripada posisi no.8 manakala artis berwajah manis ini, Kim Yoo Jung debut untuk pertama kali dengan watak gadis pencuci di dalam drama jtbc Clean With Passion Now. Mereka berdua pernah disatukan di dalam KBS Moonlight Drawn By Clouds pada dua tahun lepas. Semestinya, populariti Park Bo Gum tetap mekar hasil gandingannya bersama Song Hye Kyo di dalam drama tvN Encounter yang tak perlu dipersoalkan lagi. Dan, jangan dilupa Park Bo Gum juga akan turun ke Malaysia menemui peminat tak lama lagi.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Lee Jong Suk
2 Choi Jin Hyuk
3 Do Kyung Soo (EXO)
4 Jimin (BTS)
5 Park Shin Hye
6 Jang Nara
7 Yoo Seung Ho
8 Ong Seung Woo (Wanna One)
9 Park Bo Gum
10 Kim Yoo Jung

Klik sini ->

loading...