Lisa Blackpink kekal unggul pemegang takhta Kmania Top Stars untuk dua bulan berturut-turut

Lisa Blackpink kembali mengekalkan kejuaraannya di tangga pertama untuk carta Top 10 Stars kali ini. Setelah Lee Jong Suk mencipta sejarah dengan mengekalkan di kedudukan no.1 selama dua bulan berturut-turut sebelum ini, Lisa juga turut berbuat demikian.

Lisa atau nama sebenarnya ‘Lalisa Manoban’ ialah selebriti kelahiran Thailand yang menempa nama di Korea Selatan dan antara selebriti yang paling berpengaruh dilaman instagram dengan bilangan pengikut yang ramai. Ini membuktikan ramai peminat masih menyokong Lisa meskipun beliau pernah diserang oleh sesetengah netizen kerana tak memiliki kulit secerah artis kelahiran Korea. Kelincahan atas bakat tarian ditonjolkan membantu Lisa membina pengikutnya (malah Justin Bieber pun) dengan lebih ramai tiap-tiap hari.

Di tangga kedua bukan lagi menjadi milik Kim Jennie yang terkeluar untuk bulan April ini, tetapi  rakan seangkatannya di dalam kumpulan yang sama juga iaitu Jisoo atau nama sebenarnya ‘Kim Jisoo’. Selain memiliki pakej rupa yang cantik menawan bak seorang puteri, Jisoo juga menyerlah dengan karakter agak ceria dalam kalangan ahli Blackpink lain meskipun paling kurang fasih berbahasa Inggeris di antara mereka. Bahang konsert Blackpink 2019 Asia Tour [In Your Area] di Stadium Melawati yang masih hangat lagi terasa tetap memacu kelangsungan populariti mereka selain mencatat sebagai pemegang rekod kumpulan artis kpop pertama mengadakan konsert dua hari berturut-turut di Malaysia. Sudah semestinya, single  ‘Kill This Love’  yang berkumandang sejak dilancarkan awal April hari itu dan mencatat rekod tontotan tertinggi di Youtube sebelum dipecahkan oleh BTS seminggu kemudiannya,  menambahkan lagi kehangatan tersebut.

Baca lagi : Biarpun dikritik hebat, sejarah BLACKPINK terlakar di Stadium Melawati

Dalam memberikan saingan agak sengit kepada ahli-ahli kumpulan Blackpink, semestinya ahli-ahli kumpulan BTS yang membuat kemunculan semula dengan single baru ‘Boy With Luv’ bersama Hasley, seminggu selepas ‘Kill This Love’ dilancarkan. Kim Tae Hyung atau dikenali sebagai Taehyung mencatat kedudukan sangat baik di posisi no.3 naik daripada no.4 pada minggu lepas manakala Jeon Jungkook atau dikenali sebagai Jungkook pula menurun daripada tangga ke-7 ke tangga ke-10. Taehyung lebih dikenali dengan pakej visualnya yang mengagumkan dan suara mendalamnya yang menyeksikan manakala Jungkook bukan saja-saja dipanggil ‘Golden Maknae’ kerana tempatnya sebagai vokalis utama kumpulan tersebut, tapi juga kepandaiannya mencantikkan teknik nyanyiannya di dalam persembahan dibuat secara langsung. Jika dibandingkan pada carta minggu lepas, kedudukan ahli-ahli BTS kali ini lebih tergugat dengan kehadiran pelakon-pelakon pula yang menghuni carta.

Baca lagi : BTS akan diterbangkan ke Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ?

Baca lagi : [Analisis] Siapakah gerangannya ‘Ahmad Bo Gum’ tiba-tiba tertular di media sosial sejak semalam ?

Park Bo Gum yang menaik daripada posisi no.9 berada dalam kedudukan ke-4 kali ini. Pertemuan bersama berminat dijenamakan sebagai ‘ParkBogum Asia Tour’ tetap mengekalkan penguasaan pelakon ini di industri hiburan korea lagi-lagi peminat Malaysia masih lagi terngiang-ngiang dengan cover ‘Belaian Jiwa’-nya sehingga membawa kepada gelaran ‘Ahmad Bogum’ buat dirinya, khas daripada komuniti di Malaysia sebagai penghargaan atas kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik sekali. Manakala, tempat ke-5 pula jatuh kepada ‘Kim Jong Dae’ atau dikenali sebagai Chen daripada kumpulan EXO yang berada di dalam carta KMania Top 10 Star buat pertama kali. Barangkali penangan single ‘Beautiful Goodbye’ telah menaikkan popularitinya di mata peminat Malaysia dalam sekelip mata saja.

Baca lagi : Netizen terpukau dengan kegemersikan suara Chen EXO di dalam ‘Beautiful Goodbye’

Choi Si Won daripada kumpulan Super Junior kembali ke dalam carta top 10 Stars semula dengan berada pada posisi no.6. Lakonannya di dalam drama KBS Fellow Citizens selain kempen kurangkan pemakanan gula di bawah Unicef baru-baru ini telah membuatkan peminat Malaysia mula menaruh hati kembali kepadanya. Choi Si Won diikuti dengan pelakon Park Min Young yang tergedik-gedik di dalam drama tvN Her Private Life dan tetap mendapat kepercayaan peminatnya di Malaysia untuk meletakkannya sebaris dengan Top Stars yang lain.

Baca lagi : TWICE telah jauh tinggalkan S.E.S, Girls’ Generation & Blackpink ke belakang di tanah air tersendiri

Di tangga kesembilan dan kesepuluh masing-masing diraih oleh Choi Tzuyu dari kumpulan TWICE dan Kim Nam Gil. TWICE yang baru membuat kemunculan semula sejak Isnin minggu lepas dengan single ‘Fancy’, melonjakkan nama Tzuyu di kedudukan agak baik di dalam carta Top 10 Stars kali ini. Tzuyu dikenali dengan ketinggiannya dan memiliki wajah yang agak cun melecun dalam kalangan idol perempuan. Akhir sekali, penangan drama SBS ‘The Fiery Priest’ yang masih hangat lagi terasa biarpun telah melabuhkan tirainya sejak dua minggu lepas telah membantu Kim Nam Gil melakarkan namanya kembali menduduki carta semula. Kedatangan Kim Nam Gil ke Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini turut disambut dengan meriah oleh peminat-peminatnya yang tinggal di sana.

Baca lagi : Kim Nam Gil akui diri tak beragama (‘atheis’) & berhati-hati dalami ajaran Kristian Katolik demi lakonan ; Temuduga eksklusif : “Mereka kata Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HaHaHa” – Kim Nam Gil berseloroh tentang ‘responds’ penonton

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Lisa (Blackpink)
2 JiSoo (Blackpink)
3 Taehyung (BTS)
4 Park Bo Gum
5 Chen (EXO)
6 Choi Si Won (Super Junior)
7 Park Min Young
8
Tzuyu (TWICE)
9 Kim Nam Gil
10 Jungkook (BTS)

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

  • https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/
  • https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/
  • https://kmania.info/2018/08/20/park-seo-joon-ialah-kmania-top-star-untuk-bulan-ogos-2018/
  • https://kmania.info/2018/10/01/v-taehyung-bts-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-park-seo-joon-untuk-bulan-sept-2018/
  • https://kmania.info/2018/11/01/do-kyung-soo-exo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-taehyung-bts-untuk-bulan-oct-2018/
  • https://kmania.info/2018/12/01/song-ji-hyo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-do-kyung-soo-exo-untuk-bulan-nov-2018/
  • https://kmania.info/2019/01/02/lee-jong-suk-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-song-ji-hyo-untuk-bulan-dec-2018/
  • https://kmania.info/2019/03/12/lee-jong-suk-cipta-rekod-pegang-takhta-kmania-top-star-untuk-dua-kali-berturut-turut/
  • Lisa Blackpink merampas takhta Kmania Top Stars milik Lee Jong Suk untuk bulan Mac 2019
loading...