Park Seo Joon ialah “Kmania Top Star” untuk bulan Ogos 2018 !!!

Carta Kmania Top 10 Stars edisi bulan Ogos 2018 menobatkan pelakon Park Seo Joon, sebagai juara Kmania Top Star di atas undian tertinggi diperolehinya iaitu sebanyak 103 undi, sekaligus menjadikannya pelakon ke-3 merajainya selepas Lee Jong Suk dan Ha Ji Won. Carta edisi Ogos ini juga berjaya membuktikan drama tvN What’s Wrong With Secretary Kim masih lagi tular dalam kalangan peminat kdrama di seluruh Malaysia walaupun sudah hampir sebulan berlalu.  Mari kita lihat satu-persatu.

Populariti Park Seo Joon mencanak naik  disebabkan lakonan berkaliber sebagai boss syarikat berkolar putih di dalam tvN What’s Wrong With Secretary Kim sehingga meninggalkan kesan menakjubkan dalam ingatan penonton. Segak dan tampan bergaya, menjadikannya calon yang agak sukar digugat kemampuannya. Park Min Young, heroin Park Seo Joon di dalam drama yang sama, selesa di tangga ke-3. Siapa sangka gadis setiausaha seksi ini juga berjaya berada di top 3 bintang Kmania, satu pencapaian menakjubkan.

Agak mengejutkan apabila di tempat ke-2 menyaksikan Yoon Doo Joon dari kumpulan Highlight (dahulunya dikenali sebagai BEAST) merebut posisi tersebut. Mungkin juga kerana ‘silence voters’ dalam kalangan netizen Malaysia, Yoo Doo Joon hampir-hampir menggugat kedudukan Park Seo Joon di tangga pertama dengan hanya beza dua saja undian. Jangan tak tahu, drama tvN Let’s Eat 3 di Korea mungkin kedengaran sendu di Korea sana, tapi di Malaysia ianya agak tular dan sentiasa diikuti ribuan peminat-peminatnya sepanjang minggu kerana berbagai-bagai hidangan yang sedap dan menggiurkan telah dinikmati penuh rakus oleh Doo Joon.

Di tangga ke-4 dan 5 masing-masing diduduki oleh Kim Tae Ri dan Shin Hye Sun. Keberadaan Kim Tae Ri tidaklah mengejutkan kerana beliau telah membuktikannya sebagai top aktres berturut-turut di Korea sejak drama tvN Mr. Sunshine bersiaran. Keunikan wajahnya seringkali menjadi bualan. Manakala, Shin Hye Sun, pelakon wanita yang berbakat dan baru meningkat naik, terus melonjak ke tangga ke-5 menerusi lakonan mantapnya di dalam SBS Still 17 (Thirty But Seventeen) meninggalkan heronya, Yang Se Jong ke belakang tanpa layak ke kedudukan di top 10. Lebih mengejutkan,  Lee Byung Hyun, Byun Yo Han dan Yoo Yeon Sook juga gagal berada di dalam top 10.

Jung Kyung Ho, pelakon yang agak popular tahun ini kerana dua dramanya, tvN Prison Playbook dan OCN Life on Mars, telah berjaya meraih rating agak tinggi bagi cenel kebel berkenaan dan memikat perhatian peminatnya bagi meletakkannya di tangga ke-6. Seterusnya, Jung Kook daripada kumpulan BTS pula menduduki di posisi tersebut. Penerimaan single “Fake Love” yang agak baik serta populariti BTS di seluruh dunia  telah membantu menambahkan lagi undiannya di kalangan penonton Malaysia. Pelakon Lee Dong Wook dan Seo Kang Joon masing-masing dikenali dengan drama jtbc Life dan MBC Are You Human Too?  mengisi slot kedudukan berikutnya.

Akhir sekali, Choi Si Won daripada kumpulan Super Junior, menyimpulkan carta di tangga ke-10. Popularitinya melonjak naik di Malaysia baru-baru ini di atas swafoto (‘selfie’) dilakukannya bersama Nurul Izzah, anak presiden parti politik terkemuka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena meraikan kempen henti buli ke atas budak-budak yang dianjurkan UNICEF. 

Keseluruhan carta Kmania Top 10 edisi Ogos 2018 boleh dilihat di bawah berdasarkan undian top 30 dijalankan sejak tiga hari yang lepas.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Park Seo Joon
2 Yoon Doo Joon (Highlight)
3 Park Min Young
4 Kim Tae Ri
5 Shin Hye Sun
6 Jung Kyung Ho
7 Jung Kook (BTS)
8 Lee Dong Wook
9 Seo Kang Joon
10 Choi Si Won (Super Junior)

Klik sini ->

loading...