Isaac Voo In2it tumbangkan Jungkook BTS untuk meraih takhta Kmania Top Star bulan Jun 2019

Penguasaan BTS untuk bulan Mei lalu telah berjaya dilumpuhkan oleh nama baru, iaitu tak lain tak bukan ialah Isaac Voo daripada kumpulan In2it apabila beliau dinobatkan sebagai pemegang takhta Kmania Top Star untuk bulan Jun 2019.

Isaac atau nama sebenarnya Isaac Voo Kai Meng diiktiraf sebagai rakyat Malaysia pertama bergelar idol Kpop dan direkruit menerusi rancangan realiti BOYS24 di Korea. Popularitinya barangkali meningkat sekitar bulan Jun lalu disebabkan Isaac Voo cuba memenangi hati peminatnya di Malaysia dengan menyampaikan lagu raya popular versinya tersendiri serta mengejutkan peminatnya dengan memasak kuih raya Corn Flake madu. Kini, In2it belum lagi mengeluarkan album terbaru sejak Carpe Diem yang dilancarkan pada tahun lepas.

Baca lagi : Isaac KPOP Idol Pertama dari Malaysia bakal Debut Bersama IN2IT

Dalam memberikan saingan sengit kepada Isaac Voo, B.I atau dikenali sebagai Hanbin, yakni bekas kumpulan Ikon, mencatat kedudukan sangat baik di posisi no.2 untuk pertama kali sepanjang berada di dalam carta Top 10 Stars. Memiliki paras rupa yang memikat hati serta bakat penulisan lagu yang sukar untuk dipertikaikan lagi, keterlanjuran Hanbin di dalam skandal dadah melibatkan YG Entertainment pada sekitar bulan Jun lalu, telah memakan dirinya dan seolah-olah telah menghakis kepercayaan ditanam oleh peminat ke atas dirinya. Akibatnya, Hanbin terpaksa disingkirkan daripada kumpulan Ikon yang diterajuinya sejak ‘debut’ lagi. Namun, segelintir peminatnya di Malaysia masih memberikan kepercayaan penuh kepadanya dan berharap Hanbin dapat bertaut semula dengan Ikon untuk konsert diadakan di Malaysia tak lama lagi.

Baca lagi : B.I iKON disyaki membeli ganja & dadah jenis LSD berdasarkan bukti mesej Kakaotalk-nya dengan pembekal ; Malu diseret dengan tuduhan membeli dadah, B.I umum keluar dari iKON

Tempat ke-3 dan ke-4 pula masing-masing diisi oleh pemegang takhta Kmania Top Star bulan Mei 2019 dan bulan Sept 2018, Jungkook dan Taehyung daripada kumpulan BTS. Jungkook bukan saja-saja dijadikan vokalis utama kumpulan tersebut semata-mata, tapi juga kerana kepandaiannya dalam mencantikkan teknik nyanyiannya di dalam persembahan dibuat secara langsung manakala Taehyung bukan saja dikenali dengan pakej visualnya yang mengagumkan, tetapi juga jenis suara baritone-nya yang mendalam dan menyeksikan. Taehyung juga dijangka akan mengeluarkan single solo ciptaannya tersendiri tak lama lagi, begitu juga buat Jungkook.

Tempat ke-5 menjadi milik Park Shin Hye setelah membuat kemunculan khas untuk promosi produk Mamonde di Kuala Lumpur pada 21 Jun 2019 lalu menyebabkan popularitinya meningkat seketika. Tiada drama baru dipertimbangkan pelakon yang cantik ini dan semestinya peminat masih ternanti-nanti kelibatnya sejak mempamerkan lakonan mengujakan di dalam drama tvN Memories of Alhambra.

Baca lagi : Bagaimana untuk menjadi secantik persis Park Shin Hye ?

Seperti juga BTS yang menguasai posisi no.3 dan no.4, begitu juga Blackpink yang menguasai kedudukan seterusnya untuk no.6 dan no.7 melalui Lisa dan Jisoo. Kedua-duanya memang amat sinonim dalam kalangan peminat Blinks di Malaysia, lagi-lagi Lisa pernah dinobatkan pemegang takhta Kmania Top Star dua kali sebelum ini manakala Jisoo pula telah membuat kemunculan sulung di dalam drama tvN Arthadal Chronicles walaupun hanya sekadar watak ‘cameo’. Konsert jelajah Blackpink ‘In Your Area’ di Amerika Syarikat telah diiktiraf sebagai konsert kpop perempuan terbesar pernah diadakan di situ dengan lebih 300,000 orang menghadirinya. Semoga Blackpink terus mekar di seluruh dunia!

Song Joong Ki dan Lee Dong Wook pula terikat dengan kedudukan sama iaitu 8 atau 9 apabila kedua-duanya meraih undian yang serupa. Song Joong Ki seperti diketahui ramai, bukan saja dikenali kerana berlakon di dalam drama tvN Arthadal Chronicles tapi juga kerana pengumuman penceraian yang dibuatnya tiba-tiba pada beberapa minggu lepas. Berita penceraiannya dengan Song Hye Kyo menerima liputan merata di seluruh dunia, bahkan sekelumit punca dicari bagaimana pasangan ini akhirnya memuktamadkan perkahwinan mereka yang terbina sejak October 2017 lagi. Moga baik-baik saja buat Song Joong Ki untuk perkembangan karier lakonannya selepas ini. Manakala, Lee Dong Wook yang mekar sebagai pengacara tetap rancangan realiti tv Produce X 101, membantu kesinambungan popularitinya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca lagi : Song Joong Ki sudah tawar hati sejak sekian lama sehinggakan tuntutan cerai dibuat tanpa pengetahuan Song Hye Kyo ; 6 sebab kenapa mesti tonton drama tvN Arthadal Chronicles; magis keserasian antara Song Joong Ki & Kim Ji Won

Akhir sekali, Choi Si Won menduduki tangga ke-10 sekali lagi setelah kembali semula ke Malaysia untuk menjalankan tugas sebagai duta khas UNICEF dengan menggalakkan pemakanan sihat oleh kanank-kanak selain giat mempromosikan produk terbaru keluaran Kiehl’s. Rakyat Malaysia tak dapat melupakan khidmat mesra yang ditunjukkan pelakon dan juga idol daripada kumpulan Super Junior itu sepanjang beliau berada di Malaysia.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Isaac Voo
2 Hanbin B.I
3 Jungkook (BTS)
4 Taehyung (BTS)
5 Park Shin Hye
6 Lisa (Blackpink)
7 Jisoo (Blackpink)
8/9

(*Tied*)

Song Joong Ki
8/9

(*Tied*)

Lee Dong Wook
10 Choi Si Won

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

  • https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/
  • https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/
  • https://kmania.info/2018/08/20/park-seo-joon-ialah-kmania-top-star-untuk-bulan-ogos-2018/
  • https://kmania.info/2018/10/01/v-taehyung-bts-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-park-seo-joon-untuk-bulan-sept-2018/
  • https://kmania.info/2018/11/01/do-kyung-soo-exo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-taehyung-bts-untuk-bulan-oct-2018/
  • https://kmania.info/2018/12/01/song-ji-hyo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-do-kyung-soo-exo-untuk-bulan-nov-2018/
  • https://kmania.info/2019/01/02/lee-jong-suk-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-song-ji-hyo-untuk-bulan-dec-2018/
  • https://kmania.info/2019/03/12/lee-jong-suk-cipta-rekod-pegang-takhta-kmania-top-star-untuk-dua-kali-berturut-turut/
  • Lisa Blackpink merampas takhta Kmania Top Stars milik Lee Jong Suk untuk bulan Mac 2019
  • https://kmania.info/2019/05/03/lisa-blackpink-kekal-unggul-pemegang-takhta-kmania-top-stars-untuk-dua-bulan-berturut-turut/
  • https://kmania.info/2019/06/14/jungkook-bts-merampas-takhta-kmania-top-stars-milik-lisa-blackpink-untuk-bulan-mei-2019/
loading...