Diheret isu menyentuh bayi panda comel, YG sudi tangguh pelancaran vlog Blackpink

YG Entertainment mengeluarkan kenyataan untuk menangguhkan pelancaran video vlog Blackpink memegang bayi panda comel berikutan kritikan hebat daripada netizen China mengenainya semalam.

“Segala apa Blackpink lakukan di taman teman Everland adalah di bawah kawalan peraturan kuarantin yang serius serta mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan oleh veterinar dan penjaga zoo,” ujar jurucakap YG.

Baca lagi: Gara-gara menyentuh bayi panda comel, Blackpink dikecam teruk sebilangan besar netizen China

“Terutamanya ketika Blackpink bersemuka dengan panda, kesemua ahli memang memakai sarung tangan, penutup muka dan baju pelindung. Ingat bahawa tangan dan seluar mereka telah dinyahkumankan dari kesemua sisi.  Oleh itu, sebagai menghormati nasihat daripada pakar pemeliharaan panda dan saranan daripada luar negara, kami tak mahu lagi menyebabkan salah faham berlanjutan dan akhirnya memutuskan untuk menangguhkan video itu,” ujarnya lagi.

Sumber: newsen

loading...