Lee Jong Suk cipta rekod pegang takhta “Kmania Top Star” untuk dua kali berturut-turut

Sesuatu yang mengejutkan apabila Lee Jong Suk sekali lagi mengekalkan trofi Carta ‘Kmania Top 10 stars’  dua kali berturut-turut. Kali ini  aktor berkenaan menyandang kejuaraan bagi Carta ‘Kmania Top 10 stars’  bulan Februari 2019. Untuk rekod, ini adalah kali ketiga beliau memegang takhta Carta ‘Kmania Top 10 stars’ selepas edisi Oktober 2017 dan Disember 2018.

Gelombang aura Lee Jong Suk semakin mengukuh dengan mendapat sokongan serta kasih sayang daripada para peminatnya. Selepas membintangi drama pendek SBS “Hymn Of Death” yang menyentuh jiwa pada penghujung tahun lepas, kini aktor berkenaan membintangi drama terbaru merangkap drama terakhirnya yang kini masih bersiaran di tvN iaitu “Romance is a Bonus Book”. Merupakan drama genre romantik komedi pertama lakonan beliau, nampaknya percubaan beliau tidak sia-sia kerana Jong Suk berjaya mengekspresikannya dengan baik sekali. “Romance Is A Bonus Book” menceritakan kisah hidup mereka yang berada dalam industri syarikat penerbitan sambil diselitkan isu percintaan, persahabatan dan konflik yang melanda para pekerja syarikat penerbitan. Watak Cha Eun Ho lakonan beliau begitu ‘adorable’ sehingga buat peminat senyum tanpa henti. Digandingkan pula dengan idolanya, Lee Na Young juga digolongkan dalam senarai wanita idaman Lee Jong Suk, lakonan mereka memberikan impak yang sangat luar biasa, nampak natural serta sangat serasi dan refreshing.

Atas faktor ini, Lee Jong Suk berjaya meninggalkan pesaingannya dengan kelebihan sebanyak 64 undi. Lee Jong Suk kini sedang menjalani khidmat ketenteraan bermula 8 Mac lalu sebagai pekerja perkhidmatan sosial dan beliau dijangka tamat berkhidmat pada Januari 2021. Syabas dan sekalung tahniah buat Lee Jong Suk kerana berjaya mengekalkan kejuaraan. Semoga beliau menjalani rutin ketenteraannya dengan baik.

Tempat ke-2  kali ini dipegang oleh Lisa dari kumpulan Blackpink. Terdahulu Lisa berhadapan dengan isu rasis yang dikaitkan dengan reaksi peminat Korea Selatan terhadap Lisa Black Pink dengan trending hashtag #RespectLisa sebagai tanda sokongan kepada beliau. Isu ini mendapat perhatian dan menjadi perbualan hangat warganet. Untuk pengetahuan, Lisa adalah selebriti kelahiran Thailand yang menempa nama di Korea Selatan dan antara selebriti yang paling berpengaruh dilaman instagram dengan bilangan pengikut yang ramai. Ini membuktikan ramai peminat masih menyokong Lisa sementelah Blackpink baru sahaja mengadakan konsert Blackpink 2019 Asia Tour [In Your Area] di Stadium Melawati baru-baru ini sekaligus catat rekod artis kpop pertama mengadakan konsert dua hari berturut-turut.

Tempat ke-3 milik Ong Seung Wu, bekas ahli kumpulan Wanna One yang telah dibubarkan. Beliau melonjak tinggi dari kedudukan ke-8 sebelumnya dan beri saingan sengit kepada Lisa. Bakal mengadakan pertemuan dengan peminatnya di Malaysia pada 23 Mac ini buat kali pertama, Ong Seong Wu sentiasa menjadi pilihan ramai. Malah, aura dimiliki beliau sentiasa mendapat perhatian positif ramai pihak. Selain itu, Ong Seung Wu juga akan menerajui drama terbaru JTBC bertajuk “Eighteen

Jungkook BTS mengisi kedudukan ditempat ke-4. Beliau yang memiliki wajah yang tampan seringkali menjadi perhatian ramai. Digelar ‘golden maknae’, beliau mempunyai suara yang hebat dan merupakan vokal utama kumpulan BTS. Jadi, tidak hairanlah Jungkook menjadi pilihan para pengundi. Tempat ke-5 diisi oleh Park Bo Gum yang mana beliau naik tiga posisi dari sebelumnya. Sama seperti Ong Seung Wu, Park Bo Gum juga akan mengadakan pertemuan bersama peminatnya di Malaysia untuk kali kedua pada 30 Mac. Ini membuatkan Park Bo Gum sentiasa mendapat perhatian peminatnya di sini sementelah bahang drama “Encounter” masih lagi dirasai.

Kang Daniel kembali mengisi carta top 10 ‘Kmania Top Stars’ dikedudukan ke-6. Bekas ahli kumpulan Wanna One ini sememangnya sentiasa mendapat perhatian media dan peminatnya. Terbaru, konflik antara Kang Daniel dan agensi pengurusannya menjadi topik hangat yang diperkatakan sehinggakan aktiviti seni beliau direhatkan. Apapun, kami berharap agar isu ini diselesaikan segera agar Kang Daniel kembali memeriahkan industri hiburan. Kim Nam Gil yang memegang watak paderi mental dan gila menerusi drama terbaru “The Fiery Priest” berada diposisi Ke-7. Watak beliau yang bersifat ‘humour’ itu dilihat berbeza dengan watak-watak sebelumnya, menyebabkan beliau berjaya menempatkan diri untuk edisi kali ini. Bahkan drama ini juga mencatat rekod tontonan yang sangat memberangsangkan.

Nampaknya Yeo Jin Goo dan Cha Eun Woo berkongsi undian untuk mengisi posisi ke-8 dan ke-9. Cha Eun Woo yang dinobatkan sebagai pemenang Popular Rookie Actor 7th CARI Kdrama Awards seolah-olah melonjakkan namanya dalam kedudukan top 10. Drama Yeo Jin Goo, “The Crowned Clown” kini sedang bersiaran di 8tv setiap Isnin – Khamis jam 10.30 malam. Keduanya juga mengisi ruang media hiburan dengan berita berkaitan drama terbaru masing-masing yang mana menarik perhatian ramai. Yeo Jin Goo akan berpasangan dengan IU dan Cha Eun Woo pula digandingkan bersama Shin Se Kyung untuk drama yang akan datang.

Seungri pula berjaya menempatkan diri diposisi ke-10 untuk edisi kali ini. Isu serta konflik melanda Seungri kebelakangan ini menyebabkan berita beliau menghiasi media-media atas talian dan mendapat perhatian ramai. Seungri juga dilaporkan akan menjalani khidmat tenteranya pada 25 Mac ini. Kami berharap agar kemelut yang menimpa Seungri ini akan dapat diselesaikan segera.

 

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Lee Jong Suk
2 Lisa (Blackpink)
3 Ong Seung Woo
4 Jungkook (BTS)
5 Park Bo Gum
6 Kang Daniel
7 Kim Nam Gil
8/9
Yeo Jin Goo
8/9 Cha Eun Woo
10 Seungri (Big Bang)

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:

  • https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/
  • https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/
  • https://kmania.info/2018/08/20/park-seo-joon-ialah-kmania-top-star-untuk-bulan-ogos-2018/
  • https://kmania.info/2018/10/01/v-taehyung-bts-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-park-seo-joon-untuk-bulan-sept-2018/
  • https://kmania.info/2018/11/01/do-kyung-soo-exo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-taehyung-bts-untuk-bulan-oct-2018/
  • https://kmania.info/2018/12/01/song-ji-hyo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-do-kyung-soo-exo-untuk-bulan-nov-2018/
  • https://kmania.info/2019/01/02/lee-jong-suk-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-song-ji-hyo-untuk-bulan-dec-2018/
loading...