Cha Ye Ryun, Shin Sung Rok, Go Won Hee & Kim Min Kyu sertai KBS Perfume

Dari kiri: Cha Ye Ryun, Shin Sung Rok, Go Won Hee dan Kim Min Kyu

Setelah Eric Moon dan Go Jung Hee menolak tawaran lakonan diberikan kepada mereka, Cha Ye Ryun, Shin Sung Rok, Go Won Hee dan Kim Min Kyu telah dikhabarkan pula akan menganggotai barisan pelakon KBS Perfume ini.

Drama yang agak bergenre fantasi ini berkisarkan tentang sebuah pewangi ajaib yang boleh mengembalikan keremajaan kepada pemakainya. Shin Sung Rok akan menjadi pereka fesyen bernama Seo Yi Do, yang sangat hebat dan teragung di kalangan penggerak dunia fesyen tapi mempunyai personaliti yang agak buruk di mata orang. Beliau dikatakan mengalami 35 alahan, dan juga memiliki 52 fobia yang tak boleh dielakkan. Akibatnya, beliau tak berani berhadapan dengan wanita yang boleh dianggap sebagai teman wanitanya.

Go Won Hee pula akan menjadi suri hati Shin Sung Rok di dalam drama ini, menjadi model sambilan bernama Min Jae Hee yang direkruit secara tak sengaja oleh Seo Yi Do sewaktu dia  menyertai ‘catwalk’ di dalam program fesyen dianjurkan oleh syarikatnya. Watak Min Jae Hee ini asalnya merupakan seorang suri rumah yang telah menyerahkan hidupnya pada keluarganya sebelum dia menyesal dan menggunakan pewangi ajaib itu untuk tujuan tersebut. Seo Yi Do akan cuba memikat hati Min Jae Hee yang menjadi cantik tiba-tiba walaupun terpaksa menyembunyikan permasalahan yang dihadapinya.

Kim Min Kyu ditawarkan watak Yoon Min Suk, seorang idol bergelar penyanyi hebat di zamannya kerana memiliki pakej visual mengagumkan dan suara yang gemersik. Yoo Min Suk akan menjadi orang ketiga yang akan menjauhkan hubungan antara Seo Yi Do dan Min Jae Hee.

Akhir sekali, Cha Ye Ryun akan memegang watak HanJina, seorang bekas model merangkap sebagai pengarah agensi model bakat di West Island. Lengkap dengan gaya sebagai wanita berkerjaya moden dan professional, Han Ji Na dikatakan antara orang bertanggungjawab menentukan kelangsungan Min Jae Hee di dalam industri permodelan.

Shin Sung Rok telah menyampaikan persembahan berkesan sebagai maharaja kerabat moden di dalam SBS Empress Dignity manakala Go Won Hee pula dikenali dengan watak pembantu menerusi drama KBS Your House Helper dan jtbc Welcome to Wakikiki.

KBS ‘Perfume’ yang mendapat sutradara Kim Sang Hwi (“KBS Mysterious Personal Shopper”) dan penulis skrip Choi Hyun Ok ini akan mula penggambaran pada Jun 2019 dan disusuli tayangannya sebelum KBS Tale of Nok Du bermula.

Sumber: news1

loading...