Kang Daniel si ‘Homebody’ setuju jadi peserta tetap program It’s Dangerous Beyond The Blanket

 

Pada 6 Mac, media dimaklumkan bahawa Kang Daniel akan muncul sebagai peserta tetap bagi rancangan It’s Dangerous Beyond The Blanket. Sumber dari MBC telah mengesahkan berita itu dan menyatakan, “Kang Daniel menyatakan hasrat untuk kembali ke program tersebut. Kami juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa selebriti lain, termasuk ahli asal program ini untuk siri pilot tahun lalu. ” Mereka turut menambah bahawa jadual penggambaran atau tarikh penyiaran program ini masih belum dimuktamadkan lagi.

Program It’s Dangerous Beyond The Blanket ini telah bermula pada bulan Ogos tahun lepas dalam siri pilot yang mengandungi 3 episode. Program ini mengisahkan penyatuan sekumpulan homebody atau mereka yang suka duduk di rumah serta jarang keluar dan ditempatkan di bawah satu bumbung. Penonton dapat menyaksikan  Kang Daniel, Lee Sang Woo, Yong Junhyung Highlight, Xiumin EXO, dan Park Jae Jung mengatasi perasaan canggung, janggal serta kegelisahan mereka dan akhirnya mereka menjadi rapat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Oleh sebab populariti yang diraih program ini, pihak produksi telahpun meyuntik program yang dahulunya sekadar bersiaran dalam 3 episode kepada sebuah rancangan aneka ragam (variety show) secara bersiri seperti rancangan seangkatannya yang lain. Ini bermaksud rancangan ini akan mempunyai slotnya tersendiri disaluran MBC. Salah satu adengan utama dalam siri ini ialah bromance antara Kang Daniel dan Xiumin EXO. Pastinya ia akan menjadi menarik untuk ditonton oleh peminat mereka. Adakah para penonton dapat melihat kembali penyatuan Kang Daniel dan Xiumin atau para peserta rancangan ini akan membentuk sebuah persahabatan yang baru? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum itu, jom tonton sedikit sedutan rancangan

sumber : Naver | Naver

loading...