Polis arahkan Roy Kim balik cepat untuk hadapi siasatan berhubung penyebaran video seks Jun Joon Young

Setelah polis mendapat bukti jelas bahawa Roy Kim disyaki menyebarkan video seks dan gambar-gambar dirakam tanpa pengetahuan mangsa oleh Jung Joon Young, polis arahkan Roy Kim segera pulang ke Korea untuk menghadapi siasatan.

Jabatan Polis Metropolitan Seoul membuat sidang media pada pagi tadi mereka akan mendakwa Roy Kim di atas kesalahan menyebarkan video seks dan gambar-gambar mangsa di bawah Akta Maklumat dan Komunikasi. “Kami akan mulakan siasatan sebaik saja tarikh ketibaan Roy Kim ditentukan.” Polis juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka akan menyiasat Lee Jong Hyun CNBlue, Yoon Jun Hyung, Jeon Ji Woon, dan Kangin Suju di atas kesalahan sama.

Sebelum ini, Roy Kim dilaporkan orang ke-4 selain Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon.  ayah Roy Kim membuat permohonan maaf terbuka tentang kelakuan anaknya di hadapan pelajar-pelajarnya di Hongik University. Ayah Roy Kim merupakan professor di dalam bidang kejuruteraan urban dan pembinaan. Ayahnya pernah memberikan amaran kepada Roy Kim supaya menjauhi Jung Joon Young seperti diakuinya di dalam rancangan realiti tv Celebrity Bros. Manakala, Roy Kim pula telah menyuarakan hasratnya semalam untuk menghadapi siasatan polis secara ikhlas sebalik menyelesaikan sesi pembelajarannya di Georgetown University, Amerika Syarikat.

Sebilangan netizen berpendapat pengakuan Roy Kim nanti bakal menentukan samada beliau betul-betul akan berpatah arang dengan Jung Joon Young, atau terjun bersama-sama ke lembah hina, sahabat susah dan senang-nya selama hampir lapan tahun.

Sumber: news khan

loading...