[Berita @China] JJ Lin sengaja kaburkan video tayang ‘body’ sendiri kerana segan

Penyanyi berasal dari Singapura yang bergiat aktif di Hong Kong dan Taiwan ini bertindak memuatnaik videonya di laman instagram nya dengan mengaburkan bahagian tubuh badannya semasa sedang menyarungkan baju. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada beberapa selebriti Hong Kong termasuklah Cecillia Chung dan Charlene Choi.

“Kenapa kau kaburkan bahagian itu? ,” soal Charlene Choi. “Malu,” jawab JJ Lin dengan ringkas.

Kapsyen video itu juga menimbulkan perbahasan buat netizen yang mempersoalkan samada JJ Lin sengaja mengaburinya kerana dia mahu mengelakkan tubuhnya yang semakin gempal itu diketahui ramai. Netizen menaikkan beberapa gambar ‘meme’ dengan menempelkan kartun ketulan badan pada foto sebenar JJ Lin.

Antara lagu-lagu popular JJ Lin termasuklah ‘Twilight’ , ‘Practice Love’ dan ‘If Only’ yang menjadi siulan rakyat Taiwan. JJ Lin juga mengeluarkan single pertamanya, ‘Resurgence’ sejak minggu lepas lagi sempena pelancaran album terbaru untuk tahun 2019.

Sumber: weibo

loading...