Taruhan Drama Tempatan Terbaharu iQIYI Menampilkan Pelakon Ternama Tanahair Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, dan ramai lagi
KUALA LUMPUR, 23 April 2024: Suasana Syawal masih lagi terasa dan untuk meneruskan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi) mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu keluarannya yang berjudul ‘RESTU’ yang bakal ditayangkan bermula 26 April 2024 ini pada jam 9:00 malam.
Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh oleh barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya dan ramai lagi, hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.
Selepas kejayaan Rampas Cintaku 2 yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, kami bakal melancarkan drama bersiri terbaharu berjudul RESTU untuk memenuhi permintaan penonton yang semakin meningkat. Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan semua platform penstriman di Malaysia menghasilkan sejumlah kandungan asli yang berkualiti tinggi serta membawa pesanan dan teladan yang baik.
Selain itu, kami sedang bekerja keras mengendalikan beberapa projek Original iQIYI yang kini sedang dalam pelbagai peringkat seperti pembangunan skrip, penggambaran dan pasca-produksi dan ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia.
– Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng
Setelah kejayaan luar biasa drama bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri RESTU yang merupakan diantara 12 drama yang bakal mewarnai tahun 2024.
Drama RESTU menceritakan tentang watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia. Hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari pengganti hidup tetapi, anaknya meletakkan tiga syarat yang perlu dipenuhi. Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat ‘restu’ dari Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam RESTU.
Projek drama Original iQIYI ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
Sepanjang dua tahun ini, kami melakukan pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa masyarakat tempatan.
Kami juga sangat teliti dalam pemilihan para pelakon kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Kami tidak hanya fokus pada aspek populariti sahaja, namun lebih kepada bakat versatile yang dimiliki oleh setiap pelakon demi mencapai objektif iQIYI dalam menghasilkan produk-produk berkualiti buat penonton semua.
– Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng
Tayangan perdana episod pertama drama RESTU adalah pada 26 April 2024, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau laman web www.iQ.com/local. Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.
iQIYI meletakkan harapan agar drama ini dapat diterima ramai sekaligus mendapat ‘Restu’ dari penonton.
Semoga drama bersiri ini mempamerkan kemahiran kreatif tenaga produksi dan juga bakat anak seni tempatan ke peringkat dunia.
Kami mensasarkan RESTU menjadi jambatan penghubung antara penonton di serata dunia dalam merasai sendiri keunikan budaya dan kepelbagaian naratif yang terdapat di Malaysia, serta memberi nikmat hiburan buat penonton disamping mencipta lebih peluang baharu dalam mempelbagaikan lagi kandungan digital tempatan.
– Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng
Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, taip RESTU diruang carian, kemudian terus klik ‘Pesan’ untuk mendapatkan peringatan awal atau strim RESTU di iQIYI, hanya RM9.90 sebulan dengan Super Streamer Pass Hotlink, tontonan HD tanpa gangguan iklan!
Sinopsis Restu
Razak, 37 tahun, merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.
Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu. Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya. Sara (Siti Elizad) yang merupakan rakan sekerja merangkap rakan baik Razak sering ada ketika dia berdepan dengan Amy tambahan dengan isu berkaitan kewanitaan. Dalam diam, Sara sememangnya menaruh hati pada Razak.
Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia (Ezzaty Abdullah) yang bernama Aini (Wanna Ali). Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Disebabkan bekas ibu mertua Razak mengetahui Amy sering ditinggalkan dirumah jirannya ketika Razak bekerja, dia ingin mengambil Amy tinggal bersamanya. Disebabkan itu, Razak telah menggajikan Janna (Ahirine Ahirudin) sebagai pengasuh (Nanny) Amy. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie (Elizabeth Tan) yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.
Aini mempunyai hasrat untuk mendekati dan memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Amy tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?
Jangan lupa temujanji anda bersama drama RESTU bermula 26 April 2024, pada jam 9:00 malam (setiap Jumaat & Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan. Jom tonton trailer drama RESTU!