Resorts World Genting Rai Ulang Tahun Ke-61 dengan Jualan Kilat 72 Jam

Selama 61 tahun, Resorts World Genting (RWG) menjadi destinasi pilihan untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul, meluangkan masa bersama serta mencipta kenangan yang tidak dilupakan.

Daripada sambutan detik istimewa dan percutian hujung minggu hinggalah pengalaman penuh keterujaan di tanah tinggi, generasi demi generasi pengunjung telah menjadikan RWG sebahagian daripada perjalanan dan kenangan mereka.

Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-61, RWG menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk penginapan hotel, taman tema dan tarikan menerusi Jualan Kilat 72 Jam. Kempen dalam talian yang berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos 2026 ini turut menawarkan pelbagai ganjaran, Digital Blind Box Misteri serta keistimewaan eksklusif.

Jualan Kilat 72 Jam

Ditawarkan menerusi laman web rasmi dan aplikasi mudah alih RWG, Jualan Kilat 72 Jam menyediakan penginapan hotel bermula serendah RM59, dengan penjimatan sehingga 87% bagi penginapan terpilih.

Pengunjung boleh memilih daripada pelbagai pilihan penginapan di Hotel First World, Crockfords, Hotel Genting SkyWorlds, Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.

Bagi yang sedang merancang percutian, bilik terpilih boleh ditempah serendah RM59, termasuk bilik Deluxe di Hotel First World. Bilik Quads di Hotel Genting SkyWorlds dan bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana pula ditawarkan bermula daripada RM199.

Bagi yang mahukan pengalaman percutian lebih eksklusif, Crockfords turut menawarkan kadar istimewa sempena ulang tahun, dengan bilik Superior bermula daripada RM1,499.

Selain di Genting Highlands, tawaran penginapan istimewa turut disediakan di Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi. Pakej penginapan terpilih yang merangkumi sarapan pagi ditawarkan bermula daripada RM199.

Jualan kilat ini turut menawarkan pelbagai promosi bagi tarikan utama RWG, termasuk Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds pada harga RM188 untuk rakyat Malaysia.

Selain itu, dua tiket masuk ke Taman Tema Genting SkyWorlds ditawarkan pada harga RM126 untuk rakyat Malaysia dan RM240 untuk bukan rakyat Malaysia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan dua Pas Perjalanan Tanpa Had Taman Tema Indoor Skytropolis bermula daripada RM100 untuk rakyat Malaysia dan RM130 untuk bukan rakyat Malaysia.

Tiket ke Eufloria Gardens & Sculpture Park pula ditawarkan bermula daripada RM20 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia.

Kejutan Istimewa Menerusi Digital Blind Box Misteri

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan ulang tahun ini, pengunjung yang berbelanja minimum RM610 dalam satu transaksi sepanjang tempoh Jualan Kilat 72 Jam akan menerima Digital Blind Box Misteri menerusi saluran WhatsApp rasmi RWG.

Setiap Digital Blind Box menawarkan ganjaran kejutan, termasuk tawaran eksklusif dan hadiah istimewa.

Terhad kepada 1,500 penebusan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM35,800, promosi ini menambahkan elemen kejutan kepada setiap pembelian yang layak.

Sambutan Istimewa Bersama ETS

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-61, RWG turut menyediakan keistimewaan eksklusif kepada penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sepanjang tempoh sambutan.

Pada 14 Ogos 2026, penumpang yang menaiki koc ETS khas RWG berpeluang memenangi tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi kejutan istimewa di dalam tren.

Dari 14 hingga 31 Ogos 2026, pengunjung yang mengemukakan tiket fizikal atau e-tiket ETS yang sah juga boleh menikmati tawaran istimewa makanan dan minuman di beberapa outlet terpilih di RWG.

Di Lobby Café, pengunjung boleh mendapatkan satu lagi hidangan berbungkus pada harga RM6 dengan pembelian mana-mana hidangan terpilih.

Sementara itu, Taiko Ramen menawarkan Salmon Nego Gunkan Sushi pada harga RM6 dengan setiap pembelian semangkuk ramen.

Pelbagai Tawaran Istimewa Sempena Musim Perayaan

Sambutan ulang tahun ke-61 RWG turut dimeriahkan dengan pelbagai tawaran menarik sempena musim perayaan.

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, pengunjung boleh mendapatkan Flavours of Genting Premium Mooncake Gift Box pada harga RM238.

Selain itu, menerusi promosi 61 Years of Flavour, pengunjung boleh menikmati diskaun 61% untuk kotak kedua dengan pembelian mana-mana dua kotak biskut hadiah terpilih, termasuk Tat Durian, Tat Nanas dan Biskut Coklat Duo.

Sambut Merdeka di Taman Tema Genting SkyWorlds

Sempena sambutan Merdeka yang bakal tiba, Taman Tema Genting SkyWorlds memperkenalkan Kadar Merdeka RM38 untuk tiket satu hari bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas, kanak-kanak serta individu kurang upaya (OKU).

Berinspirasikan semangat Malaysia MADANI, promosi ini mencerminkan komitmen Taman Tema Genting SkyWorlds untuk memastikan lebih ramai dapat menikmati pengalaman yang bermakna.

Dengan Kadar Merdeka RM38, keluarga berpeluang meraikan sambutan Merdeka bersama-sama melalui pelbagai pengembaraan menarik dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di atas awan.

Sama ada merancang percutian bersama keluarga, meluangkan masa bersama rakan-rakan atau sekadar menikmati suasana santai di tanah tinggi, sambutan ulang tahun ke-61 RWG menawarkan pelbagai pengalaman dan tawaran menarik untuk dinikmati oleh pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media sosial rasmi RWG.