Bertahan hanya 5 tahun, agensi umum Cherry Bullet secara rasmi dibubarkan

Permulaan minggu baru ini dimulakan dengan khabar duka apabila perjalanan seni kumpulan Cherry Bullet telah sampai ke penghujungnya.

Pada 22 April, agensi kumpulan tersebut mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello.
Ini adalah FNC Entertainment.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lullet (kelab peminat Cherry Bullet) atas sokongan mereka terhadap Cherry Bullet selama ini. Kami ingin menyampaikan berita berkaitan aktiviti Cherry Bullet

Selepas pertimbangan dan perbincangan yang mendalam dengan ahli Cherry Bullet, Haeyoon, Yuju, Bora, Jiwon, Remi, Chaerin, dan May, aktiviti rasmi berkumpulan mereka berakhir hari ini. Haeyoon, Jiwon, Remi dan May memutuskan untuk menamatkan kontrak, manakala Yuju, Bora dan Chaerin akan meneruskan aktiviti individu sebagai artis FNC Entertainment.

Kami memohon maaf kerana berkongsi berita mengejut ini kepada peminat yang telah menyokong Cherry Bullet selama ini. Kasih sayang dan sokongan yang anda berikan kepada ahli sehingga kini akan kekal di dalam hati kami. Kami meminta anda untuk terus menyokong kerjaya setiap ahli di masa hadapan biarpun mereka bukan lagi Cherry Bullet.

Terima kasih.

Cherry Bullet memulakan kerjaya di bawah FNC Entertainment pada Januari 2019 dengan “Q&A.”  Kemunculan semula terbaru mereka adalah pada Mac 2023 dengan “P.O.W! (Play On the World).”

Kami doakan yang terbaik untuk ahli Cherry Bullet!

Sumber : 1

loading...