Wang Yibo cetus kepanikan gara-gara pantulan imej seorang gadis tak diingini muncul di dalam gambar dikongsikannya

May be an image of 1 person and jewelry

Wang Yibo mencetuskan kegelisahan dalam kalangan peminatnya gara-gara pantulan imej seorang gadis yang tidak dikenali muncul di dalam gambar dikongsikannya di dalam media sosial.

Pada 3 Feb 2021 semalam, Wang Yibo mahu mempromosikan minyak wangi jenama Chanel no. 5 di laman Weibo dan aplikasi Oasis. Bagaimanapun, mata netizen yang tajam berjaya menangkap imej pantulan yang tertera di salah satu cincin emas yang dipakai oleh pelakon ternama itu, sekaligus mengakibatkan kepanikan netizen samada Wang Yibo menyimpan kekasih tanpa dimaklumkan kepada pihak media.

Menyedari tertularnya khabar angin tersebut, Wang Yibo cepat-cepat memadamkan gambar tersebut dengan agensinya, YIBO-OFFICIAL pula bertindak mengeluarkan kenyataan bahawa Wang Yibo sedang bekerja ketika itu dan seorang staf perempuan yang tidak sengaja berada di situ telah mengakibatkan pantulan imej berkenaan.

Wang Yibo merupakan ahli kumpulan kpop UNIQ dan kini digilai kerana lakonannya di dalam drama popular China, The Untamed dan Gank Your Heart.

Sumber: weibo

loading...