
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2026 – Dunia hiburan dan budaya Asia bersatu di atas satu pentas apabila WEIBO GALA 2026 – Weibo Cultural Communication Night Malaysia berlangsung meriah di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Mengangkat tema “跨越山海,相聚马来西亚” yang membawa maksud “Merentasi lautan dan gunung, bertemu di Malaysia”, acara ini menjadi wadah pertemuan antara selebriti, peminat dan pelbagai latar budaya dari Malaysia, China serta rantau Asia.
Sebagai IP budaya antarabangsa utama Weibo, Weibo Cultural Communication Night sebelum ini pernah dianjurkan di beberapa negara lain termasuk Thailand, Singapura, Macau dan China. Kali ini, acara ini buat julung kalinya diadakan di Malaysia. Berlatarkan hubungan sejarah antara China dan Malaysia yang telah terjalin selama berabad-abad, acara ini menyatukan budaya Nanyang, seni Timur, muzik popular serta teknologi pintar, sekali gus mengubah pertukaran budaya daripada sekadar acara hiburan semata-mata.
Weibo Cultural Communication Night Malaysia juga mengetengahkan peranan budaya popular sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat merentasi sempadan. Acara ini dianjurkan sebagai ruang untuk pertukaran budaya dan penciptaan bersama, dengan kepelbagaian budaya menjadi antara elemen utama sepanjang malam gemilang itu.
Barisan tetamu juga mencerminkan kepelbagaian pertukaran budaya sekali gus menggambarkan perubahan landskap hiburan serantau apabila peminat tidak lagi terikat kepada sempadan bahasa atau negara dalam mengikuti selebriti kesayangan mereka. Antara barisan selebriti yang hadir Adalah dari Malaysia Ah Niu dan Jess Lee, bintang drama China Ren Jialun, bintang drama Hong Kong Bosco Wong, bintang terkemuka Thailand Billkin dan Baifern Pimchanok, termasuk pelakon dan penyanyi Chi Pu dari Vietnam, serta ramai lagi.
Penyertaan tetamu daripada dunia sukan meluaskan lagi sempadan pertukaran. Tidak seperti filem dan muzik, sukan menyatukan tetamu-tetamu yang datang dari latar belakang berbeza ini melalui semangat kesukanan, semangat juang dan rasa hormat sekali gus menjadikan acara ini sebuah pentas yang merangkumi lebih daripada satu bidang kreatif.
Acara ini menjadi bukti bahawa budaya pop Asia kini semakin bergerak merentasi sempadan. Malaysia pula menjadi titik pertemuan yang sesuai kerana kepelbagaian budaya dan komuniti peminatnya yang luas.
Bagi peminat di Malaysia, penganjuran ini bukan sahaja memberi peluang untuk melihat selebriti kegemaran mereka di atas satu pentas, malah membuka ruang kepada pertukaran budaya yang lebih dekat dan bersifat dua hala.

Salah satu detik yang tidak dapat dilupakan pada malam gemilang itu ialah persembahan kaligrafi unik oleh Wang Chengxuan, yang menggerakkan berus menulis kaligrafi dalam bahasa Cina, ditemani oleh sebuah robot yang memegang pena dan mencalit dakwat, juga menulis kaligrafi. Persembahan yang memukau ini menjadi simbol bahawa seni tradisional dan teknologi pintar boleh bergerak seiring, mencipta bahasa pentas yang lebih ekspresif, memberi nafas baharu kepada budaya tradisional menjadikannya lebih menyegarkan, mudah ditonton dan disebarkan.
Persembahan Li Xinyi dengan “One Thought” iaitu runut bunyi bagi siri drama televisyen “Pursuit of Jade” bukan sekadar hiburan, tetapi gema emosi yang menyatukan tema “Harmoni dan Kewujudan Bersama”. Surat menjadi simbol kasih sayang, menukar jarak kepada rasa kekeluargaan dan kebersamaan, mencerminkan persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara China dan Malaysia.

Tuntasnya, Weibo Cultural Communication Night Malaysia bukan sekadar tentang selebriti dan kemeriahan pentas, tetapi mencerminkan bagaimana pertukaran budaya melalui seni tradisional, hiburan, sukan dan teknologi pintar boleh menjadi jambatan antara masyarakat dengan latar belakang berbeza.
Melalui platform digitalnya, Weibo akan terus menghubungkan penonton di seluruh dunia sekali gus menyemai kecintaan terhadap kepelbagaian budaya. Weibo Cultural Communication Night akan terus giat membawa kepelbagaian budaya ke pentas dunia, bukan sekadar menjangkau lebih jauh, tetapi mencipta pemahaman dan hubungan baharu melalui pertemuan sebenar.
Akhir sekali, budaya tidak mengenal sempadan, dan apabila masyarakat berkumpul, perbezaan boleh menjadi sesuatu yang diraikan bersama.


