DOLLA wakili Malaysia untuk beraksi di program survival “Show It All” China. Persembahan pertama 28 Mac ini

Tular dimedia sosial dan hangat diperkatakan mengenai penampilan kumpulan pop sensasi Malaysia DOLLA dalam sebuah rancangan survival China “Show It All”. Ini menjadikan DOLLA akan membuat debutnya di China!

“Show It All” ialah program survival yang menampilkan pelatih dari syarikat hiburan Lay Zhang yang berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan gadis seterusnya dan beliau juga bertindak sebagai produser. Walaupun belum ada pengesahan daripada penerbit rancangan itu, peminat beranggapan bahawa menjemput kumpulan dari negara lain akan menjadi cara untuk menguji para peserta. Program ini juga menjadi sebahagian daripada pertukaran penampilan bersama dengan kumpulan gadis dari seluruh dunia!

Turut muncul dalam program survival tersebut adalah kumpulan PiXXie dari Thailand, Boys World dari Amerika Syarikat serta BINI dan G22 dari Filipina.

Episod pertama akan disiarkan pada 28 Mac menerusi aplikasi MangoTV.

DOLLA dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dan telah debut pada 2019 menerusi “Do Make You Wanna”. Kumpulan ini  berjaya mencuri tumpuan penonton dan seringkali dinanti ramai  kerana mereka terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mengetengahkan muzik catchy dan pop, kehadiran mereka benar-benar mewarnai industri muzik tanah air sekaligus menandakan perkembangan artis kumpulan wanita di negara ini. Dikenali kerana memiliki persamaan dengan kumpulan wanita Korea Selatan, Blackpink dari segi gaya muzik, gerak tarian dan fesyen pilihan, mereka berpendirian bahawa telah memiliki “keunikan tersendiri” dan mengakui persamaan dengan Blackpink hanyalah secara kebetulan.

Kini impian DOLLA untuk lebih dikenali diperingkat global semakin menjadi realiti dengan penyertaan mereka dalam program “Show It All” ini. DOLLA menjadi kumpulan pertama yang akan berentap dengan peserta dari China pada 28 Mac ini. Mari sama-sama tunjukkan sokongan kepada DOLLA yang membawa nama Malaysia diperingkat yang lebih besar. Anda boleh nantikan persembahan yang penuh bertenaga dan luar biasa daripada DOLLA.

Jangan lupa untuk saksikan DOLLA di episode pertama “Show It All” China pada 28 Mac, 12PM CST menerusi aplikasi MangoTV.

Kredit gambar (featured image) – DOLLA & yslbeauty

loading...