Sky Wongravee Bakal Temui Peminat di Malaysia Sempena Pelancaran Maybelline Super Stay Matte Max Cushion Ogos Ini

Maybelline Malaysia bakal melancarkan Super Stay Matte Max Cushion, kusyen solekan terbaharu yang direka khas untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Bagi meraikan pelancaran tersebut, jenama kecantikan itu akan menganjurkan Matte Max: The Weather Lab, sebuah pop-up interaktif yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 3 hingga 9 Ogos 2026.

Istimewanya, acara ini turut menampilkan pelakon Thailand, Sky Wongravee, yang akan membuat penampilan khas pada 8 Ogos bersempena pelancaran rasmi Super Stay Matte Max Cushion di Malaysia.

Bersempena kehadiran Sky, peminat boleh mendapatkan MATTE MAX “SKY HIGH” SURPRISE yang dijual secara eksklusif di Sunway Pyramid Orange Concourse dari 3 hingga 7 Ogos pada harga RM330 (bernilai RM537). Hanya 200 kotak disediakan.

Setiap pembelian satu kotak dalam satu resit dari 3 hingga 6 Ogos melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sesi bergambar Polaroid eksklusif bersama Sky Wongravee. Seramai 30 pemenang akan dipilih dan dihubungi pada 7 Ogos, manakala pembelian lebih banyak produk Maybelline yang layak sepanjang tempoh kempen akan meningkatkan peluang untuk menang.

Selain penampilan istimewanya di pentas utama, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik menerusi Shopper Lab Journey, termasuk mencari tona kusyen yang sesuai, mencuba sendiri ketahanan produk dalam simulasi cuaca panas, hujan dan angin, selain bergambar di ruang interaktif yang disediakan.

100 pengunjung terawal setiap hari yang melengkapkan pengalaman tersebut turut berpeluang menerima cenderamata eksklusif Maybelline, kopi dan bagel ala New York serta baucar Watsons bernilai RM20, selagi stok masih ada. Pengunjung juga boleh menikmati AI Photobooth dan stesen sentuhan solekan sepanjang acara berlangsung.

Sebagai jenama solekan No. 1 dunia, Maybelline memperkenalkan Super Stay Matte Max Cushion yang menawarkan ketahanan sehingga 30 jam, teknologi tahan haba, kelembapan dan air, selain dilengkapi SPF30 PA+++. Diperkaya dengan niacinamide dan panthenol, kusyen ini memberikan litupan penuh dengan kemasan ringan seperti kulit kedua sambil membantu melindungi lapisan kulit daripada faktor persekitaran.

Menurut Jaren Ong, Pengarah Pemasaran Maybelline Malaysia, pelancaran produk ini mencerminkan komitmen jenama itu dalam menghasilkan inovasi solekan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan pengguna, khususnya dalam menghadapi cabaran cuaca tropika.

Sepanjang Matte Max: The Weather Lab, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran eksklusif berdasarkan jumlah pembelian, termasuk hadiah menarik, diskaun Watsons serta tawaran istimewa produk Maybelline.

Maybelline Super Stay Matte Max Cushion kini boleh didapati di semua peruncit kecantikan utama di seluruh negara serta platform dalam talian. Orang ramai dijemput mengunjungi Matte Max: The Weather Lab di Sunway Pyramid dari 3 hingga 9 Ogos 2026 untuk merasai sendiri pengalaman interaktif yang disediakan serta berpeluang bertemu Sky Wongravee.