[Gempar] Han So Hee dan Ryu Jun Yeol akhirnya berpisah selepas 2 minggu dedah hubungan kepada umum

[Update] Label Han So Hee telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perpisahannya dengan Ryu Jun Yeol.

Susulan pengesahan daripada wakil Ryu Joon Yeol, label Han So Hee, 9ATO Entertainment, mengeluarkan kenyataan mereka sendiri.

Han So Hee dan pelakon Ryu Jun Yeol telah berpisah. Mereka menyedari bahawa peranan mereka sebagai pelakon adalah lebih penting. Mereka berjanji tidak akan mensia-siakan emosi mereka dalam hal peribadi lagi.”

Han So Hee telah membuat dirinya dan orang ramai menderita kerana perasaan peribadinya. Pelakon itu menyesal kerana memperlihatkan cara komunikasi yang tidak sepatutnya dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan. Tambahan pula, tanggungjawab kami adalah besar kerana tidak dapat mengambil berat terhadap pelakon kami sebagai agensinya. Syarikat itu gagal dalam peranannya sebagai induknya. Kami kini merenung kembali apa yang berlaku dan bermuhasabah. Kini nasi telah pun menjadi bubur, tetapi kami cuba memperbaikinya mulai sekarang. Kami harap anda semua dapat memerhatikannya dengan baik. Dia akan kembali sihat.

– 9ATO Entertainment

[Artikel asal] Setelah wakil Ryu Jun Yeol mengesahkan laporan perpisahan

Panas betul seminggu dua ini dengan berita mengenai Han So Hee dan Ryu Jun Yeol.

Selepas pelbagai kontroversi mengenai hubungan mereka, pelakon Han So Hee dan Ryu Joon Yeol telah berpisah secara rasmi hanya 2 minggu selepas berita percintaan mereka diketahui umum.

Wakil Ryu Jun Yeol mengesahkan perpisahan itu, dengan menyatakan, “Memang benar mereka berpisah. Kami meminta pemahaman anda kerana kami tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dikatakan kecuali mengesahkan perpisahan itu.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Han So Hee dan Ryu Jun Yeol telah dilihat bersama di Hawaii, dan bekas teman wanita Ryu Jun Yeol, Hyeri kemudiannya berkongsi sindiran menerusi Instagram Story-nya, dengan kapsyen “Kelakarnya.” Perkara itu kemudian mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka berdua dikalangan netizen.

Pasangan selebriti itu kemudiannya berdepan kritikan kerana didakwa bertindih hubungan atau “cinta transit,” sesuatu yang mereka berdua nafikan. Han So Hee kemudian menyiarkan surat panjang lebar di media sosial yang menambahkan lagi bahan bakar kepada kontroversi itu, yang nampaknya tidak berasas kerana Ryu Jun Yeol dan Hyeri dilaporkan telah lama berpisah sebelum dia dan Han So Hee memulakan hubungan mereka.

Terdahulu, Han So Hee telah memuatnaik gambar bintang Hollywood Nicole Kidman selepas bercerai dengan aktor Tom Cruise diblognya. Dalam foto itu, Nicole Kidman kelihatan gembira menunjukkan ekspresi lega pada hari dia memutuskan untuk menceraikan Tom Cruise. Foto ini juga telah lama popular di alam maya. Oleh itu, timbul banyak spekulasi mengenai niat sebenar Han So Hee memuat naik foto itu di tengah-tengah drama hubungan peribadinya dengan Ryu Jun Yeol.

Baca juga : Bukan lagi khabar angin, Ryu Jun Heol dan Han So Hee sedang bercinta. Ini kronologinya

Setelah wakil Ryu Jun Yeol mengesahkan perkara (perpisahan dengan Han So Hee), jelaslah bahawa percintaan mereka hanyalah seketika dan telahpun tamat episodnya. Jika kita lihat, hanya Han So Hee yang banyak berkata-kata dimedia sosial, manakala Ryu Jun Yeol memilih untuk berdiam diri dalam kontroversi perhubungan mereka. Mungkin tidak dapat sokongan kuat dari Ryu Jun Yeol membuatkan Han So Hee tertekan dengan perhubungan ini.

Semoga Han So Hee dan Ryu Jun Yeol dapat belajar sesuatu daripada kisah mereka dan keduanya akan lebih matang dalam berdepan situasi yang sukar selepas ini.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...