SBS tawarkan watak Pakar Cinta kepada Nam Goong Min

Pelakon yang telah memenangi Top Excellence Award Actor bagi drama Chief Kim (KBS) dan Falsify (SBS), Nam Goong Min, telah menerima tawaran berlakon bagi drama SBS siaran Rabu-Khamis. Perkara ini telah disahkan oleh agensi pelakon terbabit, 935 Entertainment dengan menyatakan, “Drama terbaru dari SBS ini adalah antara tawaran yang telah beliau terima. Beliau dikatakan secara positif sedang mempertimbangkan tawaran ini setelah tertarik melihat skrip yang diberikan.

Seandainya Nam Goong Min bersetuju untuk membintangi drama SBS yang bertajuk Hoon Nam Jung Eum itu, bermakna Nam Goong Min kembali menghiasi drama TV selepas enam bulan berehat. Buat masa kini, pelakon tersebut sememangnya sedang mempertimbangkan tawaran yang sesuai untuk kembali beraksi.

Drama Hoon Nam Jung Eum ini mengisahkan seorang lelaki bernama Hoon Nam yang berpengetahuan dalam teori percintaan dan seorang wanita bernama Jung Eum di mana matlamat utamanya adalah cinta dan perkahwinan. Drama ini ditulis oleh Lee Jae Yoon, yang sebelum ini pernah terlibat dalam drama Tamra the Island dan filem Red Carpet serta Fight.

Hoon Nam Jung Eum akan ditayangkan  pada bulan Mei selepas berakhirnya drama Return dan  Switch — Change the World.

nota kaki : Nam Goong Min juga telah tercalon dalam kategori Best Actor dan Popular Actor di Anugerah CariKdrama Awards Kali ke-6  baru-baru ini.

Sumber : Naver | mydailynews

loading...