Senarai pemenang hari pertama Anugerah MAMA 2022

Anugerah MAMA 2022 telah bermula pada hari ini,  29 November di Osaka, Jepun!

Pada 29 November, Hari Pertama Anugerah MAMA 2022 telah berlangsung di Kyocera Dome Osaka, yang mana Jeon Somi ditugaskan sebagai MC. Majlis tahun ini akan diadakan selama dua malam, dengan lebih banyak anugerah dan persembahan akan datang pada 30 November (Hari ke-2).

Hanya satu Daesang (Hadiah Utama) telah dianugerahkan pada Hari Pertama iaitu Yogibo Worldwide Icon of the Year, yang menjadi milik BTS untuk tahun kelima berturut-turut.

Sementara itu, anugerah baharu—Favorite New Artist—diberikan kepada empat kumpulan berbeza: IVE, NMIXX, LE SSERAFIM dan Kep1er.

Akhir sekali, kesemua 10 anugerah Worldwide Fans’ Choice (Bonsang) tahun ini turut diserahkan malam tadi.

Lihat senarai penuh pemenang pada Hari Pertama di bawah!

Yogibo Worldwide Icon of the Year: BTS

Worldwide Fans’ Choice (Bonsang): BLACKPINK, BTS, ENHYPEN, GOT7, NCT DREAM, PSY, SEVENTEEN, Stray Kids, TREASURE, TXT

Favorite New Artist: IVE, LE SSERAFIM, NMIXX, Kep1er

Yogibo Chill Artist: Stray Kids

Favorite Asian Artist: JO1

Tahniah kepada semua pemenang! Nantikan senarai pemenang untuk hari yang ke-2 pada esok!

Anugerah MAMA 2022 boleh ditonton menerusi tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go serta Unifi TV pada 29 dan 30 November. Acara Red Carpet akan disiarkan pada jam 3 petang manakala majlis anugerah akan bermula jam 5 petang waktu Malaysia.

loading...