Sebelum layan video klip ‘2U’, Kang Daniel seru sentiasa basuh tangan & elakkan berjumpa orang dengan lebih kerap

Sejam jam sebelum album CYAN dilancarkan, Kang Daniel menyeru netizen supaya melakukan amalan basuh tangan dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Mesej tersebut disampaikan menerusi cabang Naver TV , Starsnews sebagai langkah untuk membantu kerajaan Korea membasmi penularan wabak virus corona, Covid-19.

“Ramai sekarang tengah bersusah-payah mengelakkan diri mereka daripada terkena jangkitan Corona 19, yang mana tengah menular dengan teruk. Saya akan membasuh tangan dengan sabun di bawah air yang mengalir, tutup mulut dan hidung dengan tangan ketika bersin, dan sentiasa lindungi mata dan hidung daripada tangan yang tak dibasuh. Cuba elakkan daripada berkunjung beramai-ramai dan berjumpa dengan orang yang ada demam dan gangguan pernafasan,” katanya.

Selain Kang Daniel, ratusan selebriti popular lain turut menghantar mesej yang serupa. Antaranya, kumpulan Dreamcatcher, Weki Weki dan On & Off. Video berkenaan boleh ditonton di sini: https://tv.naver.com/v/13014200

Sementara itu, album CYAN baru saja dilancarkan sebentar tadi dengan 2U dijadikan sebagai single utama. Anda boleh tonton video klip 2U di sini.

loading...