Belum ada keputusan muktamad lagi untuk mereka buat ‘comeback’- Agensi Highlight

Around Us Entertainment telah secara rasmi menangani laporan bahawa kumpulan Highlight akan membuat comeback.

Pada 8 September, dilaporkan bahawa Highlight dijadualkan membuat comeback dengan album baharu menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, agensi kumpulan itu menyatakan, “Tiada apa-apa yang telah disahkan mengenai kemunculan semula dalam tahun ini.”

Kemunculan semula terakhir Highlight adalah pada bulan Mac lalu dengan album penuh pertama mereka “DAYDREAM,” dan mereka juga telah mengadakan konsert “INTRO” pada bulan Mei.

Kesemua ahli kumpulan Highlight dilihat memberi tumpuan kepada aktiviti masing-masing pada masa ini. Yoon Doojoon baru-baru ini telah membintangi drama “Never Give Up,” dan filemnya “Honest Candidate 2” akan dikeluarkan pada akhir bulan ini. Yang Yoseob muncul dalam “My Playlist” seezn dan “Special Delivery 2” KBS N. Lee Gikwang pula menjadi pengacara program radio “Music Plaza” dan turut mengambil bahagian dalam “IDOLLIVE School 3.” Manakala Son Dongwoon baru saja mengeluarkan album mini keduanya “Happy Birthday” dan kini membintangi drama “Today’s Webtoon.”

Highlight akan mengadakan “2022 Highlight Fan Con” pada 15 dan 16 Oktober depan.

Sumber : sports.donga | xportsnews

loading...