“Big Mouth” Dan “Little Women” Dominasi Tempat Teratas Drama dan Pelakon Paling Buzz

MBC “Big Mouth” MBC dan tvN “Little Women” menyapu bersih semua tempat teratas dalam ranking minggu ini bagi drama dan pelakon paling popular!

Buat pertama kali sejak tayangan perdananya pada bulan Julai, “Big Mouth” naik ke No. 1 dalam senarai mingguan Good Data Corporation bagi drama yang paling banyak menjana buzz. Syarikat menentukan kedudukan setiap minggu dengan mengumpul data daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan media sosial tentang drama yang sama ada sedang disiarkan atau akan disiarkan tidak lama lagi.

Bukan sahaja “Big Mouth” mendahului senarai drama paling popular, malah bintang utamanya juga turut mendominasi senarai pelakon drama paling popular, dengan menyapu tiga daripada empat tempat teratas minggu ini. Lee Jong Suk berada dikedudukan No. 1 untuk minggu itu, diikuti Yoona Girls’ Generation di No. 3 dan Yang Hyung Wook di No. 4.

Sementara itu, tvN “Little Women” berada dikedudukan di No. 2 pada minggu pertama ianya disiarkan, manakala barisan pelakonnya membolot tiga daripada enam tempat teratas dalam senarai pelakon paling popular: Kim Go Eun menduduki tempat No. 2 , Nam Ji Hyun di No. 5, dan Chu Ja Hyun di No. 6.

KBS 2TV “Gold Mask” naik ke No. 3 dalam senarai drama minggu ini (dengan pelakonnya Gong Da Im dan Lee Hyun Jin masing-masing naik ke  kedudukan No. 7 dan No. 8 dalam senarai pelakon), dan KBS 2TV “It’s Beautiful Now ” kekal kukuh di No. 4.

“Poong, The Joseon Psychiatrist” tvN naik ke No. 5 dalam senarai drama, manakala bintang utamanya Kim Min Jae pula menduduki No. 9 dalam senarai pelakon paling popular.

Akhir sekali, pelakon “If You Wish Upon Me” Ji Chang Wook melengkapkan 10 teratas dalam senarai pelakon, manakala drama itu juga naik ke No. 10 dalam senarai drama minggu ini.

10 drama teratas yang paling banyak menjana buzz pada minggu pertama bulan September adalah seperti berikut:

  1. MBC “Big Mouth”
  2. tvN “Little Women”
  3. KBS2 “Gold Mask”
  4. KBS2 “It’s Beautiful Now”
  5. tvN “Poong, The Joseon Psychiatrist”
  6. JTBC “The Good Detective 2”
  7. tvN “Adamas”
  8. KBS1 “Bravo, My Life”
  9. SBS “Today’s Webtoon”
  10. KBS2 “If You Wish Upon Me”

Sementara itu, 10 pelakon drama terbaik yang paling banyak menjana buzz minggu ini adalah seperti berikut:

  1. Lee Jong Suk (“Big Mouth”)
  2. Kim Go Eun (“Little Women”)
  3. YoonA (“Big Mouth”)
  4. Yang Hyung Wook (“Big Mouth”)
  5. Nam Ji Hyun (“Little Women”)
  6. Chu Ja Hyun (“Little Women”)
  7. Gong Da Im (“Gold Mask”)
  8. Lee Hyun Jin (“Gold Mask”)
  9. Kim Min Jae (“Poong, The Joseon Psychiatrist”)
  10. Ji Chang Wook (“If You Wish Upon Me”)

Sumber : stoo

loading...