Kerana bergambar dengan ‘Anna’, Seungri Big Bang terpalit tuduhan seludup dadah pula

 

Rentetan daripada skandal serangan seksual dan penyeludupan dadah berlaku di kelab Burning Sun baru-baru ini, Seungri dari kumpulan Big Bang tak terlepas daripada dakwaan penglibatannya di dalam skandal berikut kerana penafiannya sebelum ini tentang ketidakberadaan sewaktu berlakunya serangan seksual itu.

Seungri merupakan pengarah bukan eksekutif kelab Burning Sun yang tak terbabit dalam operasi dan pengurusan, sebelum ini menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian sewaktu kejadian dimana seorang pelanggan diserang oleh CEO kelab, dinamakan sebagai Mr. Jang kerana melindungi seorang pelanggan wanita yang dinodai. Oleh itu, Seungri mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, dalam masa yang sama, menafikan dia berada di tempat kejadian pada malam itu.

Netizen dikatakan tak berpuas hati kerana Seungri seakan-akan membiarkan saja tanpa bertindak untuk mencegahnya daripada berlaku. Dan lebih menyusutkan kepala lagi, selain serangan seksual oleh Kim Sang Kyo, turut berlaku aktiviti penyeludupan dadah oleh wanita misteri bernama Anna di dalam kelab tersebut.

Malah pada hari ini, beberapa foto dimuatnaik oleh portal media tertentu di mana suspek penyeludup dadah, Anna kelihatan bergambar bersama Seungri pada malam kejadian. Dalam kapsyen foto tersebut, Anna menyatakan rasa terujanya sambil berkata , “Saya terpaksa bekerja kuat untuk bergambar bersama Seungri. Saya mabuk lagi minggu ini…sudah sepuluh hari.”  Portal MBC melaporkan bahawa Anna ialah orang penting dalam kes penyeludupan dadah berlaku di kelab Burning Sun. Polis juga dikatakan akan menyiasat Anna, tapi sehingga sekarang dia tak dapat dihubungi.

Berikutan itu, Seungri memaklumkan bahawa dia tak tahu menahu akan gambar diambilnya bersama Kim Sang Kyo, tertuduh serangan seksual dan Anna, suspek penyeludup dadah. “Sesiapa saja boleh bergambar dengan saya samada peminat atau pengunjung biasa. Saya tak ingat bila gambar-gambar itu diambil,” katanya secara ringkas.

Sumber: edaily

loading...