Menurut laporan media eksklusif pada 17 Ogos, pelakon Gong Hyo Jin (43) dan penyanyi/penulis lagu Kevin Oh (33) akan berkahwin pada Oktober akan datang.
Dalam pada itu, pada hari yang sama, agensi Gong Hyo Jin, Management Soop, yang mengumumkan perkahwinan itu, berkata, “Gong Hyo-jin dan Kevin Oh akan memulakan hidup baru bersama-sama.”
Dia menyambung, “Mengikut kehendak kedua-duanya, majlis itu akan diadakan secara tertutup pada bulan Oktober dengan hanya kehadiran saudara terdekat daripada kedua-dua keluarga. Kami meminta pemahaman anda kerana tidak dapat memberitahu secara terperinci mengenai jadual dan lokasi majlis.” Kami harap anda semua dapatkan doakan yang baik-baik untuk kedua mereka di masa hadapan.”
Media juga mendakwa pasangan selebriti itu telah memaklumkan beberapa kenalan terdekat mengenai tarikh perkahwinan mereka yang ditetapkan baru-baru ini, sambil menyiapkan apa yang perlu menjelang majlis perkahwinan itu.
Sementara itu, Gong Hyo Jin dan Kevin Oh secara terbuka mengakui hubungan mereka pada April tahun ini. Pada bulan Mac, Gong Hyo Jin menyambut jambangan bunga yang dilemparkan oleh Son Ye Jin di majlis perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye Jin, dan ianya cetuskan perbualan hangat.
Gong Hyo Jin yang digelar sebagai ratu komedi romantik Korea telah membintangi puluhan drama sepanjang kariernya sebagai pelakon. Antaranya ialah “Pasta,” “The Greatest Love,” “Master’s Sun,” “It’s Okay, That’s Love,” “The Producers,” “Don’t Dare to Dream” (“Jealousy Incarnate”), dan “When the Camellia Blooms”. Kevin Oh yang kini bergiat aktif sebagai penyanyi, pernah dinobatkan sebagai juara musim ketujuh “Superstar K”.
Menjawab laporan media, agensi Gong Hyo Jin Management SOOP telah mengeluarkan kenyataan berikut:
“Helo, ini Management SOOP.
Kami ingin menyampaikan beberapa berita mengenai pelakon Gong Hyo Jin.
Gong Hyo Jin dan Kevin Oh merancang untuk menempa kehidupan baharu bersama. Mengikut kehendak pasangan itu, majlis perkahwinan akan berlangsung secara tertutup pada bulan Oktober, dengan hanya dihadiri keluarga rapat dan kenalan. Kami tidak dapat mendedahkan butiran yang lebih khusus, dan kami meminta pemahaman anda.
Anda boleh kirimkan ucapan tahniah dan sokongan kepada pasangan ini kerana mereka bersedia untuk mengambil langkah pertama yang berharga ke arah sebuah kehidupan baru.
Terima kasih.”
Menurut sumber dalaman, perkahwinan Gong Hyo Jin dan Kevin Oh akan berlangsung secara tertutup di New York pada Oktober ini.
Kami ucapkan tahniah kepada Gong Hyo Jin dan Kevin Oh
Sumber : mk.co | ytn | hankyung| Chosun