“Terima kasih untuk selama ini..” – Key SHINEE utuskan salam terakhir buat Park Ji Sun

Key (atau nama sebenarnya Kim Ki Bum) mengucapkan takziah di atas pemergian mendiang Park Ji Sun.

Key SHINEE menulis di dalam instagramnya sambil memuatnaik dua buah foto kenang-kenangan bersama dengan mendiang. “Terima kasih untuk selama ini. Aku minta maaf kerana tak dapat nak luahkan dengan kata-kata. Aku berdoa kau bersemadi dengan aman,” nukilnya.

Baca lagi: Ahn Young Mi menangis dalam konti apabila terbaca berita kematian pelawak Park Ji Sun

Gambar-gambar itu diambil ketika Park Ji Sun bertemu dengan Key, Onew, Taemin dan Minho, barangkali selepas Jonghyun (tiada dalam gambar yang juga ahli SHINEE) meninggal dunia. Gambar kedua pula merujuk kepada penampilan mendiang di dalam tvN Amazing Saturday : Doremi Market baru-baru ini.

Park Ji Sun memulakan kerjayanya sebagai pelawak pada tahun 2007 dan hasil usahanya dinobatkan anugerah ‘rookie’ terbaik di dalam KBS Entertainment Awards. Beliau juga pernah menjadi hos beberapa rancangan “music shows” dan membintangi drama MBC High School Kick 3.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: edaily

loading...