Berdepan masalah kesihatan, Sunoo ENHYPEN akan berehat sementara dari segala aktviti

Nampaknya, Sunoo ENHYPEN akan duduk berehat buat sementara waktu kerana masalah kesihatannya.

Pada 17 Ogos, agensi ENHYPEN, BELIFT LAB mengumumkan bahawa Sunoo telah pergi berjumpa doktor pada hari itu selepas mengalami pening, sakit kepala dan menggigil.

Selaras dengan nasihat doktor, Sunoo akan berehat sementara daripada aktiviti untuk menumpukan pada proses pemulihan kesihatannya—bermakna dia tidak akan menghadiri KCON 2022 LA bersama ahli kumpulan yang lain minggu ini.

Kenyataan penuh bahasa Inggeris BELIFT LAB adalah seperti berikut:

Hello.
Ini ialah BELIFT LAB.

Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang status kesihatan ahli ENHYPEN Sunoo dan jadual aktiviti akan datangnya

Sunoo berjumpa doktor pada 17 Ogos kerana dia mengalami pening dengan sakit kepala dan menggigil. Mengikut nasihat kakitangan perubatan, Sunoo akan berehat dan memberi tumpuan kepada pemulihan buat sementara waktu.

Walaupun artis itu sendiri berhasrat untuk mengambil bahagian dalam persembahan untuk “KCON 2022 LA” yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat minggu ini, syarikat kami telah memutuskan untuk menghormati dan mengikuti nasihat daripada kakitangan perubatan untuk meletakkan kesihatan artis sebagai satu keutamaan. Dalam hal ini, Sunoo tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang persembahan dan aktiviti promosi.

Kami akan terus memberikan sokongan untuk pemulihan pesat Sunoo, dan terus berusaha untuk memastikan dia dapat bertemu peminatnya dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

Berikutan pengumuman ini, peminat mula memberikan kata sokongan terhadap Sunoo dengan hashtag “GetWellSoonSunoo” di Twitter dan Weverse. Semoga Sunoo segera sembuh!

loading...