[Undian Dibuka] Calon-calon diumumkan untuk Kmania TOP Stars bulan Dis 2021

Kmania akan menerbitkan senarai TOP 10 Stars pilihan rakyat Malaysia bagi setiap bulan. Senarai yang dipanggil sebagai “Kmania Top 10 Stars” adalah calon-calon untuk ditentukan pemenang bagi setiap kategori, diberhentikan seketika sejak Feb 2021 dan diteruskan semula. (Rujuk senarai Kmania Top Stars bulan-bulan sebelumnya di bawah peti undi). Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori…

Read More

Berikut ialah kelab-kelab peminat kpop seMalaysia yang aktif berbakti, hulur bantuan banjir untuk warga Malaysia

Kelab-kelab peminat kpop mengeksplotasikan pengaruh mereka masing-masing di media sosial bagi mempercepatkan bantuan baik dari segi penyampaian maklumat mahupun dana diperolehi. Jumlah dana bantuan diperolehi oleh kesemua kelab peminat ini telah dianggarkan mencecah RM100,000. Dana-dana bukan saja disumbangkan oleh warga Malaysia, malah peminat kpop di seluruh dunia. Usaha mereka telah pun mendapat perhargaan daripada beberapa…

Read More

[Gempar] Honey Lee berkahwin dengan seseorang bukan selebriti hari ini walaupun baru setahun menyulam kasih

Pelakon ternama, Honey Lee atau nama sebenarnya, Lee Hanui, telah pun melangsungkan perkahwinan dengan seseorang bukan selebriti hari ini, 21 Disember 2021. Pemenang Best Supporting Actress CARI Kdrama menerusi watak gisaeng di dalam MBC The Rebel itu memutuskan untuk berkahwin selepas masing-masing sudah pun saling mencintai dan mempercayai antara satu sama lain. Kedua-dua mempelai tersebut…

Read More

Berdepan dengan kecaman, jtbc Snowdrop tetap diteruskan tayangan hingga ke garisan penamat

Drama jtbc Snowdrop tetap diteruskan tayangan meskipun berdepan dengan kecaman daripada netizen. “Kami dapati tiada perisik yang mengetuai gerakan perjuangan kebebasan demokrasi dan sekiranya drama ini selesai tayangannya, segala kekusutan dapat dileraikan,” kata jurucakap pihak produksi. Bercakap tentang kritikan mengenai perjuangan kebebasan demokrasi di dalam drama itu, jurucakap menambah, “Tiada perisik di dalam Snowdrop. Ia…

Read More

Dicampak beramai-ramai di pulau terbiar, Netflix Single’s Inferno selami kisah asmara berputik di antara mereka

Rancangan realiti tv terbaru Neftlix, berjudul Single’s Inferno mula menemui penonton pada 18 Disember 2021 lalu. “Single’s Inferno” berkisarkan situasi di mana lima pasangan lelaki dan perempuan yang terperangkap di dalam pulau terbiar. Terkandas dan bersedia untuk bermain cinta, peserta bujang mencari cinta di pulau tanpa penghuni yang hanya boleh ditinggalkan sebagai pasangan janji temu…

Read More

Kenangilah pemergian mereka, ONF akan menghilangkan diri tak lama lagi

ONF terpaksa menghentikan aktiviti berkumpulan mereka selepas hampir kesemua ahlinya dijadualkan menyertai khidmat ketenteraan secara berkala bermula minggu ini. Bagi memenuhi permintaan peminat, ONF sempat mengeluarkan album mini keenam, ‘Goosebumps’ pada 3 Disember 2021 dan mengadakan konsert solo terakhir. “Agak mengecewakan bila kami tak sempat nak pelbagaikan aktiviti album ‘Goosebumps’. Inilah aktiviti yang paling kami…

Read More

“Mental kami kuat macam Suga” – Taehyung BTS bakal menyaman Youtuber yang memetik nama keluarga & kawannya

Taehyung BTS mengancam mahu mengambil tindakan saman terhadap Youtuber yang dikatakan menyebarkan tohmahan buruk mengenai artis-artis Kpop. Pada 20 Disember 2021, seorang peminat telah membuat hantaran di Weverse mengenai satu kandungan (“content”) oleh Youtuber tentang perkaitan antara artis-artis Kpop termasuklah BTS, aespa, TXT, NCT, The Boyz dan lain-lain. Hantaran peminat itu kemudiannya menangkap perhatian Taehyung…

Read More

Kelab peminat NCT termasuk di luar negara berpakat mahu hulur bantuan banjir untuk warga Malaysia

Media sosial hari ini dibanjiri dengan sokongan padu daripada seluruh pelusuk rakyat Malaysia untuk memberikan bantuan banjir kepada mereka yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga kelab peminat kpop yang berpengaruh, NCTzen (yakni kelab peminat NCT) yang turut terbabit menawarkan cara mudah untuk peminat NCT atau kpop di luar negara bagi menghulurkan bantuan banjir. Ia merupakan inisiatif…

Read More

Laluan getir buat jtbc Snowdrop di Korea, ratusan ribu orang tandatangani petisyen mahu hentikan tayangan terus

Drama jtbc Snowdrop berhadapan dengan laluan getir di Korea apabila ratusan ribu netizen menggesa kerajaan untuk menghentikan tayangan drama tersebut di Korea menerusi petisyen yang dihantar ke ‘Blue House’. “Ketika demontrasi besar-besaran untuk Perjuangan Kebebasan Demokrasi, banyak mangsa telah didera dan dibunuh kerana menjadi perisik. Membuat drama walaupun berdasarkan fakta sejarah akan merendah-rendahkan perjuangan tersebut….

Read More

Buat bising sehingga ganggu jiran, Sung Si Kyung mohon maaf

Sung Si Kyung membuat permohonan maaf berhubung kontroversi membuat bising di rumahnya sehingga mengganggu jiran yang tinggal berdekatan. Menjelaskan kenapa rumahnya begitu hiruk-pikuk ketika itu, Sung Si Kyung berkata, “Band kugiran saya tak dapat berjumpa di luar kerana Covid-19, jadi kami berkumpul di dalam rumah selepas saya tawarkan untuk menyediakan mereka makan malam. Mungkin salah…

Read More